• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Syarikat Penerbangan Tidak Dapat Kurangkan Banyak Kos Demi Selamatkan Pekerjaan

in Berita
A A
Kerajaan, Industri Perlu Bersedia Bagi Edaran Vaksin Covid-19 – IATA

Sumber Gambar : Website BBC

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) — Industri penerbangan tidak akan dapat mengurangkan terlalu banyak kos bagi mengimbangi kerugian tunai yang teruk untuk mengelakkan kemuflisan dan mengekalkan pekerjaan pada 2021, menurut analisis terbaru oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Justeru, persatuan itu mengulangi saranannya supaya langkah bantuan kerajaan dilaksanakan untuk mengekalkan syarikat penerbangan secara kewangan dan menghindari tindakan pemberhentian pekerjaan besar-besaran.

IATA juga menyarankan ujian COVID-19 sebelum penerbangan yang akan mendorong pembukaan semula sempadan selain membolehkan perjalanan tanpa kuarantin.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA, Alexandre de Juniac berkata suku keempat 2020 akan menjadi tempoh yang amat sukar dan wujud petunjuk kecil bahawa separuh pertama 2021 akan lebih baik, sekiranya sempadan masih ditutup dan/atau kuarantin ketibaan kekal dijalankan.

“Tanpa tambahan bantuan kewangan kerajaan, median syarikat penerbangan hanya mempunyai baki tunai 8.5 bulan berbanding kadar kerugian semasa dan kami tidak dapat mengurangkan kos dengan secepatnya untuk dijajarkan dengan perolehan yang menyusut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Analisis terbaru itu menunjukkan keseluruhan perolehan industri pada 2021 dijangka merosot 46 peratus daripada US$838 bilion pada 2019.

Analisis terdahulu mendapati perolehan 2021 susut kira-kira 29 peratus berbanding angka pada 2019 berasaskan pemulihan permintaan yang dijangkakan bermula pada suku keempat 2020.

“Bagaimanapun pemulihan itu telah tertangguh berikutan penularan terkini pandemik COVID-19, dan kerajaan menguatkuasakan sekatan perjalanan termasuk penutupan sempadan dan tindakan kuarantin.

“IATA menjangkakan trafik bagi 2020 merosot 66 peratus berbanding angka pada 2019, dengan permintaan pada Disember susut 68 peratus,” menurut persatuan itu.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share216ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

8 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

10 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

10 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In