• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Saham KL Merosot Pada Sesi Dagangan Tengah Hari, Bimbang Dengan Situasi Ekonomi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) — Selepas dibuka tinggi pagi ini, saham-saham di Bursa Malaysia kembali merosot dan berada dalam zon merah, seiring dengan prestasi saham serantau berikutan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai situasi ekonomi dengan Malaysia pada masa ini telahpun memasuki gelombang ketiga pandemik COVID-19.

Pada tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 5.67 mata kepada 1,494.68 selepas dibuka 5.2 mata lebih tinggi pada 1,505.48.

Kaunter rugi mengatasi untung dengan 589 berbalas 284 manakala 429 kaunter tidak berubah, 848 tidak diniagakan dan 79 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 2.49 bilion unit bernilai RM1.79 bilion.

Indeks penjagaan kesihatan merupakan yang paling terbesar mencatatkan kemerosotan iaitu sebanyak 1.14 peratus, diikuti oleh utiliti sebanyak 1.08 peratus.

Menurut Bloomberg, niaga hadapan ekuiti AS yang paling teruk merosot, sekali gus menyumbang kepada kejatuhan di pasaran saham Asia.

Ini berikutan kebimbangan mengenai kesan pandemik yang semakin ketara terhadap aktiviti ekonomi di beberapa bahagian dunia di samping ketidakpastian akan keputusan pilihan raya presiden AS.

Di pasaran tempatan, pelabur agak bimbang dengan tahap hutang kerana firma penyelidikan telah menganggarkan ia akan meningkat kepada 65 peratus bagi menampung Belanjawan 2021.

“Dengan negara terus berhadapan peningkatan besar jumlah kes COVID-19 sejak minggu lepas serta sempadan negeri ditutup, perniagaan akan terus berjuang untuk bertahan dengan situasi itu,” kata penganalisis.

 Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Hartalega turun 32 sen kepada RM17.96, IHH susut enam sen kepada RM5.09 dan MISC berkurangan tiga sen kepada RM6.76.

Bagi kaunter paling rugi, kaunter pengguna mendahului penurunan dengan Nestle susut RM1.30 kepada RM140.40 dan Dutchlady merosot  40 sen kepada RM35.00.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas jatuh 41.07 mata kepada 10,827.00, Indeks FBMT 100 turun 39.88 mata pada 10,636.23 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 52.38 mata kepada 12,983.11.

Sementara itu, FBM 70 lebih rendah sebanyak  51.87 mata kepada 14,281.17 dan FBM ACE 82.01 mata lebih lemah pada 9,953.32.

Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 38.84 mata kepada 12,274.08, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.03 mata pada 144.71, dan Indeks Perladangan turun 37.85 mata kepada 6,903.72.

– BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share231ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In