• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 7, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Suku-3 Bursa Malaysia Meningkat Lebih Dua Kali Ganda Kepada RM121.93 Juta

in Catalyst
A A
Produk-Produk Yang Ada Di Bursa Malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd meningkat lebih dua kali ganda kepada RM121.93 juta bagi suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2020, berbanding RM47.10 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas susulan prestasi pasaran sekuriti dan derivatif yang bertambah baik. 

Hasil berjumlah RM237.74 juta berbanding RM122.67 juta sebelumnya.

Keuntungan bersih bagi tempoh sembilan bulan tinggi sebanyak RM272.89 juta berbanding RM140.29 juta manakala hasil meningkat kepada RM568.27 juta berbanding RM373.15 juta sebelumnya.  

“Dalam keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini, bursa mencatatkan prestasi kewangan luar biasa bagi tempoh sembilan bulan 2020, merekodkan Keuntungan Selepas Cukai dan Faedah Minoriti (PATAMI) sembilan bulan paling tinggi pernah dicatatkan sejak disenaraikan pada 2005,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Muhamad Umar Swift.

“Perkembangan COVID-19 yang masih berlarutan, persekitaran kadar faedah rendah, pakej rangsangan kerajaan dan pembukaan semula ekonomi secara beransur-ansur terus menyokong penyertaan pelabur dalam segmen yang diterajui institusi domestik dan runcit. 

“Operasi pasaran kita yang berterusan penting dalam memastikan ketersediaan mudah tunai dan instrumen pengurusan risiko yang perlu untuk pelabur bertindak balas dalam persekitaran mudah ruap yang tinggi dan melabur dalam peluang baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

 Penyertaan pelabur dalam Pasaran Sekuriti  terus meningkat dengan purata nilai dagangan harian  (ADV) berkembang sebanyak 101.8 peratus kepada RM4.0 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2020 berbanding RM2.0 bilion dalam tempoh yang sama pada 2019.

Oleh itu, hasil dagangan sekuriti meningkat sebanyak 101.1 peratus kepada RM349.2 juta dalam tempoh sembilan bulan 2020 daripada RM173.6 juta pada tempoh yang sama 2019. Bilangan hari dagangan tambahan dan bayaran penjelasan efektif lebih tinggi pada tempoh tersebut juga menyumbang kepada peningkatan hasil dagangan. 

Halaju dagangan meningkat sebanyak 34 mata peratusan kepada 62 peratus berbanding tempoh sembilan bulan pertama 2019.

Hasil bukan dagangan naik sebanyak 7.0 peratus kepada RM110.9 juta daripada RM103.6 juta dalam tempoh yang sama sebelumnya. Ini disumbang oleh hasil data pasaran lebih tinggi yang meningkat sebanyak 20.4 peratus kepada RM26.7 juta dalam tempoh tersebut daripada RM22.2 juta sebelumnya, disokong oleh peningkatan bilangan pelanggan baharu, kata Bursa Malaysia.

Hasil dagangan Pasaran Derivatif meningkat sebanyak 33.8 peratus kepada RM69.2 juta dalam tempoh sembilan bulan pertama 2020 daripada RM51.7 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, disebabkan terutamanya bilangan kontrak tinggi yang diniagakan bagi Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah dan Niaga Hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI.

“Meskipun petunjuk ekonomi utama menunjukkan ke arah prospek bertambah baik bagi ekonomi Malaysia, perkembangan pandemik COVID-19 akan terus mempengaruhi prestasi pasaran sekuriti dan derivatif.

“Kami bekerjasama rapat dengan pengawal selia lain untuk memastikan kecekapan pasaran dan menambah baik akses dan mudah tunai pasaran untuk menyokong peserta pasaran semasa tempoh ini,” kata Umar.

Beliau berkata meskipun cabaran yang dihadapi, Bursa Malaysia berkedudukan baik untuk terus membangunkan pasaran dan mencatatkan kemajuan dalam pelan strategiknya.  

“Kami melihat keputusan yang baik selepas berjaya mengendalikan lima acara penyenaraian dan mengadakan acara utama kami iaitu Persidangan Invest Malaysia dan Persidangan dan Pameran Prospek Harga Minyak Sawit dan Laurik secara maya sepenuhnya. 

“Setiap daripada inisiatif ini penting dalam menjadikan tawaran dan pasaran kami terus kekal relevan kepada pelbagai pelabur,” katanya. 

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In