Penyumbang utama kepada naik dan turunnya mata bagi indeks FBM KLCI adalah 30 saham syarikat yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia, misalnya saham syarikat Maybank, Top Glove, Public Bank, Tenaga Nasionaldan beberapa saham utama yang lain. Kejatuhan atau kenaikan harga saham-saham utama ini akan memberi kesan kepada turun atau naiknya indeks FBM KLCI dan pasaran saham Malaysia secara keseluruhannya.
Dengan melihat kepada indeks FBM KLCI yang sedang membuat kejatuhan dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kita sebenarnya boleh tahu bahawa sedang berlakunya kejatuhan harga saham-saham yang berada di dalam papan utama Bursa Malaysia sehingga akhirnya memberi refleksi yang sedemikian kepada mata FBM KLCI ini.
Misalnya pada tarikh 4 September 2020, saham syarikat Top Glove telah membuat pembetulan harga daripada RM22 seunit kepada RM8 seunit dan beberapa hari selepas itu, harga saham syarikat ini berterusan jatuh ke bawah.
Kita dapat lihat bagaimana indeks FBM KLCI juga berwarna merah pada beberapa hari tersebut, yang membawa maksud bahawa terdapat kejatuhan mata yang berlaku. Kejatuhan harga saham syarikat Top Glove telah menjadi salah satu punca penurunan mata FBM KLCI ditambah pula kejatuhan harga saham syarikat-syarikat yang lain.
Mari kita soroti serba sedikit punca kejatuhan harga saham Top Glove ini.
Jika kita membuat kajian ke atas syarikat ini, latar belakangnya adalah amat baik, malah memiliki keuntungan yang banyak. Namun mengapakah harga saham syarikat jatuh dengan banyak selama beberapa hari selepas tarikh 4 September yang lalu?
Jawapannya adalah kerana para pelabur baru mungkin keliru dan tertanya-tanya keadaan yang berlaku pada harga saham syarikat Top Glove yang dengan sekelip mata berubah menjadi RM8 dari harga RM22. Kekeliruan ini telah menyebabkan mereka pada akhirnya membuat jualan panik dalam tempoh beberapa hari tersebut.

Kita dapat menyemak apa yang berlaku pada sesuatu saham syarikat itu melalui laman web malaysiastock.biz dengan membuka informasi berkaitan syarikat tersebut. Misalnya jika dibuka pada syarikat Top Glove, didapati bahawa terdapatnya pemberian bonus issue pada tarikh 4 Ogos 2020.

Jika dilihat pada bahagian “ex-date”, ditulisnya 3 September 2020, manakala “entitlement date” pula adalah pada 4 September 2020. Ex-date adalah merujuk kepada tarikh akhir pembelian saham yang akan melayakkan seseorang itu mendapat bonus ini. “Entitlement date” pula merujuk kepada waktu pengesahan kelayakan pemberian bonus kepada para pemegang saham syarikat.
Merujuk kepada “ratio” pada tarikh 18 Ogos 2020, bagi setiap 1 unit saham yang pelabur miliki, mereka akan mendapat pulangan 2 unit tambahan daripada syarikat. Sekiranya kita memiliki 1,000 unit saham syarikat Top Glove, kita akan diberi pula sebanyak 2,000 unit sebagai bonus, menjadikan jumlah pegangan yang kita miliki menjadi 3,000 unit.
Pemberian bonus issue inilah yang telah menyebabkan harga saham syarikat turun daripada RM22 kepada RM8. Para pelabur yang memegang saham syarikat ini tidak perlu risau kerana penurunan harga yang berlaku sebenarnya tidak memberi sebarang kesan kepada mereka, disebabkan oleh pertambahan unit yang telah mereka perolehi.
Para pelabur perlu sedar bahawa pembetulan harga (price adjustment) yang berlaku ini adalah akibat daripada corporate exercise, iaitu pemberian bonus issue ini sendiri. Syarikat membuat pembetulan harga dengan memberi unit tambahan yang bersesuaian kepada para pelabur melalui bonus issue. Oleh itu, dapat kita lihat bahawa sebenarnya tiada sebarang perkara yang perlu dirisaukan dalam situasi ini.
Namun, sebaliknya pula yang berlaku pada tarikh 4 Ogos 2020, iaitu harga saham syarikat Top Glove terus menerus membuat kejatuhan walaupun sebenarnya tiada sebarang berita buruk yang keluar. Dapatlah kita faham bahawa para pelabur telah membuat panic selling setelah melihat harga saham syarikat turun daripada RM22 kepada RM 8.

Kejatuhan harga saham syarikat Top Glove ini telah menjadi salah satu daripada punca berlakunya kejatuhan mata indeks FBM KLCI selama beberapa hari memandangkan ia merupakan salah satu daripada 30 syarikat yang tersenarai di dalam indeks Bursa Malaysia ini.
Jadi lepas ni tak perlulah gelabah kalau berlaku pembetulan harga. Semak dahulu sebelum jual!
ASYIK-ASYIK TERLEPAS

Dengar cerita ada beberapa leader syarikat sarung tangan getah yang catat prestasi keuntungan luar biasa baru-baru ini.
Nah kami belanja antara leader syarikat sarung tangan getah
• Topglove
• Hartalega
• Supermx
Kalau dah terlepas kapal, kita perhatikan laggard bagi syarikat sarung getah pula
• HLT
• Rubberex
• Adventa
Itu contoh sahaja, ada lagi kaunter lain dalam senarai leader & laggard ni…
Ingat pelabur dan pedagang bijak takkan kejar harga yang dah naik.
Sebaliknya mereka akan mula memerhatikan syarikat yang bakal ikut naik juga (read: laggard)
Mana nak cari tu? Jangan risau, kami ada share semuanya dalam e-book ini.
➡️
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Semoga lepas ni, takde yang tertinggal kereta api lagi…
Dapatkan e-book Leaders and Laggards sekarang
➡️