• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

FCPO Bursa Malaysia Terus Cecah Rekod Tertinggi Tahun Ini

in Berita
A A
China Akan Beli 1.7 Juta Tan Minyak Sawit Malaysia Sehingga 2023

Sumber Gambar : Nikkei

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama)  — Niaga hadapan minyak sawit mentah Bursa Malaysia (FCPO) terus mencapai paras tertinggi baharu tahun ini, kata Pngerusi Bursa Malaysia Bhd, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Mac lepas, ia mencecah rekod baharu dalam dagangan bulanan sebanyak 1.66 juta kontrak dan jumlah dagangan harian tertinggi dengan lebih 125,000 kontrak.

Tambahan pula, FCPO telah menjadi produk yang seimbang dengan penyertaan 50-50 yang sama antara peniaga institusi dan peserta pasaran lain, kata Abdul Wahid.

“Kami digalakkan oleh pertumbuhan yang konsisten dan melihat ini sebagai satu perkembangan positif yang mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat terhadap produk Bursa Malaysia Derivatives untuk menguruskan pendedahan risiko harga,” katanya dalam ucapan aluan di Pameran Persidangan Tinjauan Harga Sawit dan Minyak Laurik Maya (POC) hari ini.

Abdul Wahid juga berkata sejak penubuhannya pada 1980, FCPO terus menjadi kontrak niaga hadapan komoditi yang paling berjaya di Malaysia, meletakkan negara sebagai penanda aras harga global bagi pasaran minyak sawit mentah.

“Untuk menunjukkan penggunaan FCPO secara meluas di peringkat global sebagai instrumen pelindung nilai, kira-kira 268 juta tan metrik minyak sawit, instrumen asas bagi FCPO, telah didagangkan pada 2019, mewakili 3.5 kali pengeluaran dunia,” katanya lagi. 

Sementara itu, menurut beliau, Bursa Malaysia Derivatives kekal komited untuk mengukuhkan suite kompleks sawit bagi memenuhi permintaan peserta pasaran serta menyediakan instrumen perlindungan nilai dan timbang tara yang boleh dipercayai terhadap ketidaktentuan harga dalam industri minyak sawit walaupun menghadapi cabaran akibat krisis kesihatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Dengan lebih sejuta kematian termasuk 36 juta kes yang dicatatkan setakat ini, penilaian ke atas kesan ekonomi akibat COVID-19 kekal mencabar berikutan kepantasan melampau yang membabitkan pengembangan krisis ini.

Ketidaktentuan harga bukan perkara baharu kepada pasaran, namun pandemik ini telah menggegarkan sektor komoditi. 

“Permintaan yang berkurangan berikutan kelembapan ekonomi di seluruh dunia telah menyebabkan kejatuhan harga serta gangguan kepada rantaian pengeluaran dan bekalan,” katanya.

Beliau ketika mengulas mengenai kelestarian menjelaskan Malaysia, sebagai salah satu peneraju dalam industri minyak sawit dengan penguasaan pasaran 26 peratus pengeluaran minyak sawit, berada dalam kedudukan yang kukuh untuk melakukan perkara yang betul.

“Industri minyak sawit Malaysia telah mendahului dalam pensijilan kelestarian. Ini dibuktikan dalam keperluan mandatori bagi syarikat perladangan untuk mendapatkan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia, atau MSPO bagi mengukuhkan komitmen dalam menyokong masyarakat, alam sekitar dan hidupan liar.

“Bagaimanapun, cabaran membina masa depan yang mampan adalah amat berat dan memerlukan usaha sama serta pemikiran inovatif daripada semua pihak berkepentingan. 

“Setiap seorang daripada kami mempunyai peranan untuk memacu kemampanan jangka panjang industri dan saya yakin platform POC ini akan membolehkan kami berkongsi visi serta komitmen ke arah kemajuan industri berkenaan,” katanya.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share246ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

8 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

10 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

10 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In