fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

BNM Dijangka Kurangkan OPR Dengan 25 Mata Asas Lagi – STANCHART

in Berita
A A
Standard Chartered Kekal Pandangan Bagi Kadar Dasar Tidak Berubah

Sumber Gambar : Bloomberg

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Standard Chartered Bank (StanChart) menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) dengan sebanyak 25 mata asas lagi semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang dijadualkan 3 Nov ini.

Ia akan menjadi mesyuarat MPC yang terakhir bagi tahun ini.

Menerusi nota penyelidikan hari ini, StanChart berkata tumpuan baru kepada sokongan pertumbuhan mungkin perlu susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam keadaan peningkatan ketara kes jangkitan COVID-19 di negara ini.

Bank itu juga berkata lanjutan PKPB sehingga 9 Nov mungkin menjejaskan had bawah unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2020 oleh kerajaan iaitu -3.5 peratus hingga -5.5 peratus.

“Ini mungkin memberi asas bagi keputusan BNM pada 3 Nov ini,” katanya.

StanChart berkata penurunan lagi OPR mungkin tidak merancakkan aktiviti pelaburan pada masa ini namun kadar faedah lebih rendah akan mendorong mengurangkan kos pembiayaan dan menyediakan lebih banyak penampan tunai bagi isi rumah.

Bank itu berkata risiko lain bagi unjuran OPR yang dijangka olehnya adalah kebimbangan terhadap kestabilan pertukaran wang asing.

Susulan pilihan raya Amerika Syarikat tidak lama lagi maka pertumbuhan dan inflasi perlu diberikan pertimbangan utama dalam dasar monetari, katanya.

Ia berkata secara keseluruhannya, keputusan tersebut dijangka adalah yang paling hampir, bergantung sama ada BNM mahu mengambil pendekatan awal.

“Kami berpandangan peningkatan ketara kadar jangkitan di dalam negara baru-baru ini mungkin mendorong perintah kawalan pergerakan yang lebih lama berbanding jangkaan untuk meratakan lengkungan COVID-19.

“Memandangkan mesyuarat dasar BNM akan datang mungkin diadakan pada Januari 2021, kami menjangkakan bank pusat menyediakan sokongan monetari tambahan pada masa sekarang berbanding tempoh kemudian,” katanya.

OPR pada masa ini berada pada 1.75 peratus selepas BNM mengurangkan kadar faedah utama itu sebanyak empat kali berturut-turut tahun ini, bermula dengan pengurangan 25 mata asas masing-masing semasa mesyuarat pada Januari dan Mac, diikuti penurunan 50 mata asas pada Mei dan 25 mata asas lagi pada Julai.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share209ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 month ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In