Biasanya pelaburan saham dikaitkan dengan falsafah ‘High risk high return’. Saham mempunyai risiko yang tinggi dan mempunyai potensi pulangan yang tinggi juga. Namun, dalam pelaburan saham kita ada sesuatu yang dikenali sebagai waran yang lebih berisiko tinggi, tetapi mempunyai potensi pulangan yang lebih tinggi.
Saham Induk Umpama Mak, Waran Umpama Anak
Untuk memudahkan kita faham apa itu Waran, dengan bahasa mudahnya kita boleh anggap saham induk sebagai Mak dan waran sebagai Anak.
Jika harga waran ini jatuh, kebiasaannya ia akan jatuh dengan sangat banyak manakala jika harganya menaik, kenaikannya juga akan sangat banyak. Naik dan jatuh harga waran ini adalah bergantung kepada prestasi saham utama syarikat, yang kita biasa gelar sebagai “mother share” atau “saham emak”.



Tiga graf di atas menunjukkan pergerakan carta harga saham induk dan waran yang lebih kurang sama sahaja (Sumber: tradingview.com)
Pembelian waran mempunyai risiko kerugian sehingga 100%, dan risiko kerugian minima sebanyak 25%. Namun, pulangan keuntungan yang boleh didapati juga adalah amat tinggi, iaitu sekitar 100% sehingga 5,000%. Hal ini kerana, waran merupakan kaunter yang ditawarkan dengan harga yang sangat rendah, di mana kaunter murah ini kebiasaannya akan memberi pulangan yang lumayan. Namun jika tersalah membeli, kita berdepan dengan risiko kerugian sehingga 100%.
Risiko kerugian sebanyak 100% terjadi kerana setiap waran syarikat yang dibeli itu mempunyai tarikh luput. Sekiranya kita memegang waran syarikat melebihi tarikh luputnya, maka kesemua modal yang tuan puan laburkan akan lebur begitu sahaja. Ini kerana waran tidak mempunyai nilai satu sen pun setelah tarikh luputnya.
Secara asasnya, waran diterbitkan oleh syarikat sebagai pemanis bagi menarik minat para pelabur agar membeli pegangan dalam syarikat mereka. Ini merupakan salah satu cara untuk syarikat mendapatkan wang untuk menjalankan operasi syarikat.
Waran yang diterbitkan oleh syarikat itu sendiri adalah berstatus patuh syariah kerana waran tersebut boleh diubah menjadi saham induk. Waran patuh syariah boleh dikenali dengan huruf “W” yang ada pada hujung nama sesuatu saham syarikat itu, misalnya WA, WB, WC, WD, dan sebagainya.

Contoh sebuah syarikat yang terdapat beberapa jenis waran di bawahnya (Sumber: malaysiastock.biz)
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengubah status waran kepada status saham induk. Langkah ini juga sebenarnya agak sulit untuk dilakukan.
Nak tahu lebih lanjut, jemput baca Cara Beli Waran Dan Convert Waran Kepada Mother Share.
Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.
Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.Mulakan sekarang.
Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab

Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :
1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti
Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.
Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.
Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->





![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)