fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Hartalega Melonjak Pada Suku Kedua

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih Hartalega Melonjak Pada Suku Kedua

Kredit Gambar : Hartalega

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Okt  (Bernama) — Keuntungan bersih Hartalega Holdings Bhd melonjak kepada RM544.96 juta pada suku kedua berakhir 30 Sept, 2020 berbanding RM103.87 juta pada suku kedua 2019.

Perolehan melambung sebanyak 89.7 peratus kepada RM1.35 bilion berbanding RM709.42 juta sebelumnya, disokong oleh jumlah jualan yang tinggi dalam tempoh kajian, kata pengeluar sarung tangan nitril terbesar dunia itu.

“Di pasaran tempatan, permintaan untuk bekalan perubatan seperti sarung tangan kekal kukuh berikutan pandemik COVID-19.

“Dengan kes berterusan meningkat di Amerika Syarikat, India, Amerika Latin dan negara-negara lain, permintaan untuk sarung tangan dijangka berkembang dalam tahun-tahun mendatang,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Hartalega kekal yakin dengan prospek jangka panjang, dibantu oleh permintaan yang kian meningkat untuk sarung tangan getah serta rancangan pengembangan syarikat.

Unjuran pertumbuhan untuk permintaan secara keseluruhan akan mengatasi bekalan untuk beberapa tahun akan datang, katanya.

Seiring dengan permintaan sarung tangan getah yang kian meningkat seluruh dunia, kumpulan akan meneruskan dengan rancangan pengembangan kapasitinya menerusi Komplek Pembuatan Sarung Tangan Bersepadu Generasi Akan Datang (NGC).

Setakat ini, kesemua 12 talian pengeluaran di Kilang 6 kemudahan NGC beroperasi sepenuhnya.

Kilang 7, yang menampung keperluan produk khusus, dijangka memulakan operasi pada suku keempat 2020 dan akan mempunyai kapasiti tahunan 2.7 bilion keping, kata kumpulan itu.

“Dengan pelaksanaan Kilang 7 secara progresif, kapasiti tahunan kumpulan dijangka meningkat daripada 41 bilion pada masa ini kepada 44 bilion keping menjelang tahun kewangan 2022,” tambahnya.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share238ShareSend

Related Posts

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut
Catalyst

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut

19 hours ago
Untung Bersih Suku Kedua BAuto Melonjak Kepada RM65.67 Juta, Umum Dividen 3.50 Sen
Catalyst

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

5 days ago
Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta
Catalyst

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

5 days ago
VS Industry Raih Untung Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM169.74 Juta
Catalyst

Ulasan Keputusan: VS Industry [12 Jun 2025]

5 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In