KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Unit JF Technology Bhd (JF Tech), JF International Sdn Bhd memeterai perjanjian peningkatan modal dan pemegang saham dengan Hubble Technology Investment Co Ltd (HTI), dan JFH Technology (Kunshan) Co Ltd.(JFH Technology) untuk JF Tech memperoleh akses pasaran ke China dalam membangunkan rangkaian 5G dan 6G.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, JF Tech berkata kerjasama perniagaan yang dicadangkan itu membolehkan JF Group menubuhkan perkongsian perniagaan sinergi jangka panjang dengan HTI, anak syarikat milik penuh Huawei Investment & Holding Co Ltd.
Di bawah perjanjian itu, JFH Technology akan membekalkan kontaktor ujian prestasi tinggi kepada HTI dan pelanggan lain di China.
“Menerusi peluang JFH Technology bekerjasama rapat dengan HTI bagi membangunkan teknologi pengesanan ujian baharu untuk rangkaian 5G dan rangkaian 6G serta pada masa depan, akan ada pindahan pengetahuan teknologi dari JF Group ke JFH Technology.
“Ini akan membolehkan JFH Technology meningkatkan rantaian nilai industri semikonduktor di samping membangunkan tenaga kerja tempatan di kalangan rakyat Malaysia,” kata syarikat itu.
JF International akan melanggan modal US$500,000 dalam JFH Technology dengan cara tunai melalui dana yang dijana secara dalaman.
“Selaras dengan Perjanjian Peningkatan Modal, HTI akan menyumbang AS$1.5 juta atau bersamaan RMB secara tunai kepada JFH Technology, yang mana RMB yang bersamaan dengan AS$410,000 akan dikreditkan ke modal berdaftar JFH Technology.
“Baki RMB yang bersamaan dengan AS$1.09 juta akan dikreditkan ke rizab modal JFH Technology,” kata syarikat itu.
Setelah perjanjian it selesai, modal berdaftar JFH Technology akan meningkat daripada US$500,000 kepada AS$910,000.
— BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards