• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Glomac Kurangkan Pelancaran Projek Baharu Kepada RM403 Juta Pada Tahun Kewangan 2021

in Catalyst
A A
Glomac Kurangkan Pelancaran Projek Baharu Kepada RM403 Juta Pada Tahun Kewangan 2021

Kredit Gambar : Property Guru

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Glomac Bhd mengurangkan pelancaran projek baharu kepada RM403 juta untuk tahun kewangan 2021 daripada RM670 juta sebelum ini berikutan kekurangan keyakinan pasaran, tetapi terus optimis untuk prospek tahun penuh, disokong oleh jualan belum dibilkan yang tinggi sebanyak RM660 juta sehingga 31 Julai, 2020.

Pandemik COVID-19 telah menjejaskan pasaran hartanah, menyebabkan situasi pasaran hartanah semasa lembap.

Peningkatan pinjaman tidak berbayar (NPL) berikutan pendapatan isi rumah yang tidak mencukupi untuk membayar balik ansuran pinjaman perumahan, selain kadar pengangguran yang diunjurkan terus meningkat telah memberi tekanan kepada industri ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor berkata tiba masanya untuk kerajaan memperkenalkan semula skim untuk pembeli rumah kali pertama seperti FundMyHome+Depositku, dan pada masa sama menyemak semula garis panduan pemilikan hartanah oleh warga asing untuk membantu memacu pasaran.

“Kadar pembelian rumah bergantung kepada sentimen pasaran. Kami menjangka NPL dan kadar pengangguran, akan lebih tinggi dalam masa terdekat.

“Bagi Glomac, kami akan lakukan yang terbaik untuk mengekalkan prestasi dalam situasi semasa,” katanya pada sidang media secara maya selepas mesyuarat agung tahunan ke-36 hari ini.  

Kerajaan telah memperkenalkan Kempen Pemilikan Rumah 2020-2021 pada Jun lepas di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk merancakkan sektor hartanah. 

Di bawah inisiatif itu, pemohon yang berjaya dapat menikmati 100 peratus pengecualian duti setem bagi instrumen pemindahan untuk setiap pembelian rumah kediaman sehingga bernilai RM1 juta, dan untuk hartanah bernilai lebih RM1 juta dan sehingga RM2.5 juta, duti setem tiga peratus perlu dibayar untuk instrumen pemindahan.

“Bank juga perlu lebih fleksibel dalam memberikan pinjaman. Kami menjangka permintaan terhadap hartanah kediaman masih kukuh pada masa ini.

“Kami berharap bank akan lebih fleksibel… mungkin, pengenalan semula skim dan menarik lebih ramai pembeli asing boleh menjadi langkah sementara, misalnya, setahun, kerana sekarang pembelian asing kurang daripada dua peratus,” katanya.

Glomac dijangka memberi tumpuan kepada kediaman mampu milik bertanah di pembangunan perbandaran pada tahun kewangan 2021, iaitu Saujana Perdana, Saujana KLIA dan Saujana Jaya, Johor.

“Terdapat permintaan terhadap pembangunan perbandaran bertanah, sekurang-kurangnya kami menyaksikan momentum sejak dua hingga tiga bulan ini.

“Orang mahukan rumah yang agak besar, ruang yang khusus berikutan kebanyakan bekerja dari rumah. Oleh itu, kami akan menukar bilik dan susun atur tertentu kepada ruang bekerja dari rumah (WFH) atau ruang belajar. Kami turut bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk menaik taraf sambungan wifi kepada rumah kami,” kata Fateh Iskandar. 

Bagi tahun kewangan 2020 berakhir 30 April, 2020, kumpulan mencapai jualan baharu sebanyak RM385 juta, naik 19 peratus berbanding tahun kewangan 2019, didorong oleh kejayaan 121 kediaman dan fasa kediaman bertanah mampu milik di Saujana Perdana di Sungai Buloh. 

Prestasi jualan yang kukuh pada tahun kewangan 2020 meningkatkan jualan belum dibilkan kepada RM650 juta pada akhir tahun kewangan 2020, naik 37 peratus daripada RM476 juta pada tahun kewangan 2019 berikutan campuran produk yang menggalakkan dan kekuatan pembangunan Glomac, yang disasarkan secara strategik kepada segmen mampu milik dan pasaran pertengahan. 

Lembaran imbangan kumpulan kekal kukuh berikutan kedudukan tunai meningkat kepada RM176.4 juta, manakala kadar tahap hutang merosot kepada 0.28x berbanding dana pemegang saham sebanyak RM1.1 bilion.

Lembaga Pengarah syarikat mencadangkan dividen satu peringkat akhir sebanyak 1.0 sen sesaham biasa, yang membawa kepada hasil dividen kira-kira 3.3 peratus.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In