fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

FBM KLCI Ditutup Rendah Susulan Dagangan Tidak Menentu

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia menyaksikan dagangan tidak menentu hari ini dengan indeks petunjuk utama berupaya menampan penyusutan dalam dagangan awal untuk ditutup rendah sedikit, disokong oleh pelabur institusi.

Sewaktu ditutup, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.03 mata kepada 1,494.61 berikutan minat belian pada saat-saat akhir.

Indeks penanda aras itu dibuka pada 1,495.56 dan bergerak dalam jajaran 1,482.15 hingga 1,497.54 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Walaupun indeks utama itu mencatat prestasi sedemikian, pasaran tempatan turut berdepan aktiviti penjualan ketara membabitkan saham-saham di pasaran ACE dan Pasaran Utama.

Di papan skor, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 790 berbanding 256 manakala 423 kaunter lain tidak berubah, 710 tidak diniagakan dan 43 lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 5.80 bilion saham bernilai RM4.71 bilion daripada 6.92 bilion saham bernilai RM4.1 bilion pada Jumaat lepas. 

Pasaran ACE menyaksikan penurunan sebanyak 3.61 peratus sewaktu ditutup hari ini dengan saham-saham pengguna dan teknologi paling terkesan.

Aliran sama turut berlaku di pasaran utama apabila saham-saham produk pengguna dan perindustrian ternyata mengheret turut pasaran secara keseluruhannya.

Seorang penganalisis berkata penyusutan yang merentasi semua papan itu disebabkan oleh ketiadaan pemangkin baharu selain kebimbangan berterusan mengenai prestasi suku keempat akibat penularan COVID-19.

“Tempoh suku kedua (2020) misalnya mencatatkan penyusutan ketara dalam hampir semua sektor manakala rasa optimis terhadap suku ketiga pula tinggi.

“Bagaimanapun, pembukaan semula ekonomi sebaliknya dijejaskan oleh keadaan negara yang kini bergelut menangani peningkatan kes jangkitan harian COVID-19 di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata dalam keadaan pasaran semasa berserta kebimbangan mengenai Belanjawan 2021, menyebabkan para pelabur mengambil sikap memerhati dari luar pasaran.

 “Sebahagian besar saham-saham menyaksikan kedudukan terlebih jualan terutamanya saham mewah. Pada masa ini, kami menjangkakan rintangan segera KLCI pada 1,500 manakala sokongan pada 1,480,” katanya.

Daripada 30 kaunter berkaitan indeks, Top Glove dan Hartalega yang susut pada sesi awal, berupaya semula semula dengan masing-masing ditutup tidak berubah pada RM8.70 dan menokok 36 sen kepada RM17.68.

Saham perladangan muncul kaunter paling untung hari ini dengan Kuala Lumpur Kepong (KLK) naik RM1.10 kepada RM22.50 manakala Sime Darby Plantation menokok lapan sen kepada RM4.97. 

Saham aktif pula menyaksikan MR D.I.Y yang melakukan kemunculan sulungnya, untung 15 sen kepada RM1.75 manakala Vsolar susut setengah sen kepada 30 sen. 

Selain KLK, Hartalega dan Mr DIY juiga merupakan antara kaunter meraih keuntungan terbesar untuk hari ini.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas susut 15.68 mata kepada 10,809.55, Indeks FBMT 100 kehilangan 12.09 mata kepada 10,619.54 manakala Indeks FBM Emas Syariah turun 10.58 mata kepada 12,943.53.

Selain itu, FBM 70 merosot 62.38 mata kepada 14,195.96 dan FBM ACE turun 383.30 mata kepada 10,223.47.

Indeks Perkhidmatan Kewangan juga susut 52.68 mata kepada 12,306.48, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.13 mata kepada 144.23, Indeks Perladangan bagaimana pun melonjak 105.37 mata kepada 6,960.37 manakala Indeks Penjagaan Kesihatan turun 18.01 mata kepada 4.003.85.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 3.28 bilion saham bernilai RM3.79 bilion daripada 3.61 bilion saham bernilai RM3.05 bilion pada Jumaat.

Jumlah waran berkurangan kepada 714.05 juta unit bernilai RM196.74 juta daripada 758.45 juta unit bernilai RM166.41 juta, sebelum ini.

Selain itu, jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 1.80 bilion saham bernilai RM724.67 juta daripada 2.54 bilion saham bernilai RM876.96 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 989.44 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan industri (878.63 juta), pembinaan (172.17 juta), teknologi (298.61 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (23.29 juta), hartanah (325.11 juta), perladangan (44.79 juta), REIT (5.32 juta), dana tertutup (10.100), tenaga (210.92 juta), penjagaan kesihatan (151.08 juta), telekomunikasi dan media (35.47 juta), pengangkutan dan logistik (70.36 juta) dan utiliti (82.44 juta).

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

14 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 days ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In