KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Pembuat pintu, Econframe Bhd merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM5.34 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2020.
Menerusi kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, ia berkata perolehan syarikat bagi tahun kewangan 2020, yang direkodkan pada RM40.62 juta, disumbangkan terutama oleh segmen pembuatan.
Ia menyumbang kira-kira 79.8 peratus kepada jumlah perolehan kumpulan, yang terutama didorong oleh penjualan bingkai pintu logam dan set pintu rintangan api.
“Peningkatan perolehan didorong terutama oleh segmen pembuatan apabila syarikat menyambung operasi dengan penggunaan 100 peratus tenaga kerja semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan pada suku semasa hinggga 31 Ogos, 2020,” menurutnya.
Econframe berkata lembaga pengarah syarikat amat hati-hati namun optimis bahawa syarikat berdaya mengharungi ketidaktentuan semasa dan berada pada kedudukan baik untuk memanfaatkan peluang apabila pasaran pulih.
“Memandangkan syarikat ini tidak dianggap sebagai sektor penting untuk pembekalan barang/ perkhidmatan penting, jadi syarikat tidak dapat menjalankan operasi perniagaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan.
“Syarikat bagaimanapun kembali beroperasi pada 20 April dengan 50 peratus tenaga kerja dan mencapai 100 peratus semasa PKPB mulai 4 Mei,” katanya.
Awal bulan ini, Econframe menerima 11,827 permohonan bagi 670.02 juta saham baharu dengan nilai keseluruhan sebanyak RM187.60 juta.
Sahamnya dijangka mula diniagakan di Pasaran ACE esok dan langkah tersebut meliputi terbitan sebanyak 65 juta saham biasa baharu untuk mengumpul kira-kira RM18.20 juta
— BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards