fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Didorong Kaunter Penjagaan Kesihatan, Teknologi

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

KUALA LUMPUR, 27 Okt  (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat semula daripada penyusutan semalam untuk ditutup tinggi hari ini, didorong oleh belian semasa harga rendah bagi saham penjagaan kesihatan dan teknologi.

Pada penutup, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.74 mata untuk ditutup kepada 1,500.35 selepas dibuka pada 1,492.11. 

Pasaran bergerak dalam jajaran sempit sepanjang hari ini dan berlegar antara paras 1,489.98 dan 1,504.55. 

Di papan skor, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 620 berbanding 275, manakala 444 kaunter tidak berubah, 732 tidak diniagakan dan 42 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 4.71 bilion saham bernilai RM4.10 bilion daripada 5.80 bilion saham bernilai RM4.71 bilion semalam.

Indeks penjagaan kesihatan meningkat sebanyak 2.84 peratus kepada 4,118.91, manakala indeks teknologi naik 1.28 peratus kepada 61.60 mata.

Seorang penganalisis berkata peningkatan dalam indeks penjagaan kesihatan dipacu terutamanya oleh kaunter sarung tangan ketika dunia mengalami jangkitan gelombang ketiga COVID-19.

“Beberapa negara telah melaksanakan semula perintah berkurung dan kawalan pergerakan yang menyumbang kepada peningkatan indeks itu. Bagaimanapun, kenaikan itu dihadkan oleh ketiadaan pelabur runcit,” katanya.

Bagi komponen KLCI seperti saham teknologi, beliau berkata belian semasa harga rendah tidak dapat dielak memandangkan Indeks Kekuatan Relatif berada dalam kedudukan terlebih jual.

“Rintangan segera bagi FBM KLCI kekal pada 1,510 dengan sokongan pada 1,480. Pasaran juga dijangka kekal lengang sehingga Belanjawan 2021 dibentangkan,” katanya.

Bagi saham wajaran tinggi, Hartalega dan Top Glove terus menjadi penyumbang indeks komposit utama dengan masing-masing mencatat peningkatan 60 sen dan 21 sen kepada RM18.28 dan RM8.91. 

Selain Supermax, kaunter sarung tangan adalah antara kaunter paling untung hari ini, disokong oleh indeks penjagaan kesihatan, diikuti Malaysian Pacific Industries (MPI) dan KESM yang menyumbang kepada kenaikan dalam indeks teknologi.

Supermax naik 57 sen kepada RM9.78 dan semua waran turut mencatat kenaikan, manakala MPI menambah 74 sen kepada RM22.54 dan KESM meningkat 78 sen kepada RM9.00.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 58.52 mata kepada 10,868.07, Indeks FBMT 100 tinggi 56.57 mata kepada 10,676.11 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 91.96 mata kepada 13,035.49.

FBM 70 meningkat 137.08 mata kepada 14,333.04, manakala FBM ACE turun 188.14 mata kepada 10,035.33.

Indeks Kewangan naik 6.43 mata kepada 12,312.92, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.51 mata kepada 144.74, manakala Indeks Perladangan turun 18.80 mata kepada 6,941.57.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 2.29 bilion saham bernilai RM3.20 bilion daripada 3.28 bilion saham bernilai RM3.79 bilion semalam.

Jumlah dagangan waran turun kepada 659.15 juta bernilai RM191.70 juta daripada 714.05 juta unit bernilai RM196.74 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 1.75 bilion saham bernilai RM703.70 juta daripada 1.80 bilion saham bernilai RM724.67 juta pada Isnin .

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 569.20 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan industri (589.06 juta), pembinaan (96.19 juta), teknologi (298.73 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (36.68 juta), hartanah (239.04 juta), perladangan (53.08 juta), REIT (8.81 juta), dana tertutup (12,000), tenaga (43.89 juta), penjagaan kesihatan (141.82 juta), telekomunikasi dan media (43.89 juta), pengangkutan dan logistik (45.47 juta) dan utiliti (66.35 juta).

— BERNAMA

Share254ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

21 hours ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In