• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, November 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Pasaran Asia

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 27 Okt — Bursa Malaysia dibuka rendah yang hampir merentasi semua papan hari ini, seiring dengan prestasi penyusutan pasaran saham Asia lain berikutan penurunan ketara yang dialami oleh Wall Street semalam.

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.62 mata kepada 1,491.99 daripada 1,494.61 sewaktu ditutup pada Isnin selepas dibuka susut 2.50 mata kepada 1,492.11.

Pasaran secara menyeluruh menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 212 berbanding 137 manakala 264 kaunter lain tidak berubah, 1,558 tidak didagangkan dan 42 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 286.05 juta unit bernilai RM146.28 juta.

Menurut seorang penganalisis, pasaran susut semalam selepas Washington terbukti gagal memuktamadkan perkara berhubung pakej rangsangan, sekali gus menyukarkan sebarang usaha mencapai persetujuan sebelum pemilihan presiden negara itu pada 3 November ini.

“Oleh itu, aktiviti mencari saham-saham berharga rendah dijangka berlaku pada tengah hari ini ketika pasaran tempatan terus menjejaki pergerakan pasaran global,” katanya.

Menurut media kewangan Bloomberg, saham-saham di Jepun, Australia dan Korea Selatan susut ketika pasaran dibuka hari ini apabila kontrak S&P 500 terus susut dan mencatat penurunan terbesarnya dalam tempoh sebulan.

Keadaan itu disebabkan oleh sentimen suram terhadap prospek pakej rangsangan dapat diwujudkan bagi menangani COVID-19 di AS sebelum pilihan raya pada November itu.

Sementara itu di KLCI, Petronas Chemicals susut tujuh sen kepada RM5.93, Sime Darby Plantation turun lapan sen kepada RM4.89 manakala MISC berkurangan tujuh sen kepada RM6.75.

Top Glove sebaliknya menokok satu sen kepada RM8.71 dan Hartalega tidak berubah pada RM17.68.

Kaunter-kaunter berkaitan pengguna dan teknologi menyaksikan dagangan aktif pada awal dagangan dengan Dataprep dan Kanger International masing-masing menambah satu sen kepada 19.5 sen dan 18.5 sen. 

Di papan indeks memaparkan prestasi Indeks FBM Emas yang susut 10.89 mata kepada 10,798.65, Indeks FBMT 100 kehilangan 11.99 mata kepada 10,607.55 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 15.30 mata kepada 12.928.23.

FBM 70 sebaliknya naik 9.69 mata kepada 14.205.65 manakala FBM ACE turun 6.72 mata kepada 10.216.74.

Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 12.53 mata kepada 12,293.95, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.41 mata kepada 143.82, Indeks Perladangan turun 24.74 mata kepada 6,935.63 manakala Indeks Penjagaan Kesihatan meningkat sebanyak 5.94 mata kepada 4.009.79.

— BERNAMA 

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share211ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In