fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Sektor Penjagaan Kesihatan Dijangka Terima Peruntukan Lebih Besar

in Berita
A A
Sektor Penjagaan Kesihatan Dijangka Terima Peruntukan Lebih Besar

Kredit Gambar : acccimserc

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Sektor penjagaan kesihatan dijangka menerima peruntukan lebih besar menerusi Belanjawan 2021 bagi menyokong usaha Kementerian Kesihatan dan lain-lain kementerian membendung penularan COVID-19.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Sosioekonomi (SERC) Lee Heng Guie dalam tulisannya menerusi kolum Tinta Minda atau ‘Thoughts’ di www.bernama.com berkata, ini berikutan keyakinan terhadap hala tuju masa depan pembangunan, penghasilan dan ketersediaan vaksin itu amat diperlukan untuk mencapai pemulihan sepenuhnya.

“Sebagaimana yang dipaparkan menerusi trajektori gelombang ketiga virus yang tidak menentu ini, masih terdapat ketidakpastian mengenai kekukuhan serta landasan pemulihan semula ekonomi pada 2021.

“Perasaan bimbang, gelisah dan stres mengenai peningkatan jumlah kes jangkitan baharu itu juga boleh menjejaskan usaha pemulihan sepenuhnya sentimen pengguna serta keyakinan perniagaan yang masih lemah,” katanya dalam artikel dua bahagian bertajuk “The 2021 Budget: Measured Fiscal Booster Dose.” 

Menurut Lee, sekiranya gelombang ketiga COVID-19 itu semakin buruk dan menyebabkan pelaksanaan langkah berjaga-jaga bersasar pada skala lebih besar serta perintah kawalan lebih tegas, ini boleh menjejaskan pemulihan ekonomi yang diharapkan pada suku keempat 2020 dan seterusnya 2021.

“Keadaan ekonomi dan perniagaan semasa yang tidak memberangsangkan ini tidak mungkin dapat bertahan jika satu lagi aktiviti pemberhentian mengejut akibat perintah kawalan pergerakan sepenuhnya dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata, Belanjawan 2021 juga dijadual dibentangkan pada 6 November ini ketika ekonomi masih bergelut untuk menangani penguncupan terburuk akibat pandemik COVID-19 berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, aspek (pengurusan) fiskal berhemat sebaliknya perlu memberi laluan terhadap pendekatan-pendekatan bagi membantu menghidupkan semula permintaan walaupun defisit fiskal akan meningkat daripada jangkaan awal.

“Sejurus pemulihan pertumbuhan itu, defisit fiskal dapat diuruskan pada tahun-tahun mendatang menerusi pelaksanaan rangka kerja pengukuhan fiskal yang mantap dalam jangka pertengahan,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa Kerangka Kestabilan Fiskal lima tahun perlu dirangka bagi melaras semula landasan konsolidasi fiskal yang turut merangkumi rasionalisasi dan pengoptimuman operasi dan perbelanjaan pembangunan, perluasan asas-asas hasil, pengukuhan kecekapan cukai, menangani jurang pencukaian dan ekonomi bayangan selain mengawal huang langsung serta liabiliti luar jangka kerajaan.

Ini, termasuk menuntut pelaksanaan Akta Pemerolehan Kerajaan dan Akta Tanggung Jawab Fiskal.

“Kami percaya agensi-agensi penarafan antarabangsa akan memberi ruang untuk kerajaan memperbaiki ekonomi walaupun berdepan kekangan fiskal sementara selagi kerajaan kekal komited terhadap usaha konsolidasi ekonomi apabila keadaan kembali pulih,” katanya.

Lee berkata kerajaan juga telah memaparkan rekod prestasi konsolidasi fiskal yang baik bagi dua tempoh penting termasuk pelaksanaan langkah-langkah pelarasan fiskal berstruktur yang perit pada awal 1980-an yang menyebabkan enam tahun berturut-turut dari segi lebihan belanjawan antara 0.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 2.1 peratus daripada KDNK pada 1992-1997.

Satu lagi tempoh adalah selepas krisis kewangan global pada 2008-2009 yang menyaksikan penurunan nisbah defisit belanjawan secara ketara selama lapan tahun berturut-turut daripada 6.5 peratus pada 2010 kepada 2.9 peratus pada 2017.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share224ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In