Sejak sektor sarung tangan getah menjadi tumpuan para pelabur dan pedagang tahun ini, kita lihat semakin ramai pemain baru atau newcomers datang merancakkan lagi suasana di dalam pasaran saham Bursa Malaysia.
Kita bertanggungjawab ke atas setiap pelaburan yang dibuat. Oleh sebab itu, sebelum bertindak membuat sebarang pelaburan, kita perlu faham dan kenali terlebih dahulu syarikat yang ingin kita laburkan.
Bagi pelabur jangka masa panjang dan sederhana, tentunya akan mengutamakan analisa sesebuah syarikat. Erti kata mudah, kita beli sebab percaya dengan potensi syarikat tersebut.
Manakala bagi pedagang yang mempunyai masa untuk duduk di hadapan skrin dan dengan niat nak beli dan simpan untuk jangka masa pendek atau beli hari ini, jual esok; tidak menjadi masalah buat mereka sekiranya ingin bertindak dengan analisa teknikal semata-mata. Namun begitu, pedagang juga tetap perlu ambil tahu akan potensi syarikat agar ‘hope’ tidak menguasai diri.

Bagaimana Untuk Kita Bezakan Di Antara ‘Real-Deal’ Dengan ‘Show-Time Deal’?
Pertama sekali, kita perlu fahami betul-betul ayat serta kenyataan yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat.
Ada syarikat yang mengumumkan perancangan, ada syarikat yang masih mencari tanah untuk membina kilang dan ada juga yang merombak kilang mereka untuk dijadikan pengeluaran sarung getah tangan.

Sebagai contoh, Mah Sing Group masih lagi di peringkat perancangan bagi mempelbagaikan perniagaan syarikat ke dalam sektor sarung tangan. Namun apa yang terjadi, harga sahamnya meningkat tinggi mengikuti pergerakan sektor sarung tangan.
Ada juga syarikat yang memang fundamentalnya agak teruk, di mana pendapatannya sudah lama rendah tetapi masih cuba untuk membuat spekulasi.

Sebagai contoh, MQTech dilihat memiliki laporan kewangan yang teruk bagi tempoh setahun yang lalu. Boleh juga kita perhatikan pelbagai usaha yang dilakukan MQTech untuk mempelbagaikan perniagaan mereka termasuklah dalam sektor sarung tangan. Persoalan utamanya, joint venture (JV) bersama JD Resources Internasional Ltd masih lagi di peringkat MOU sejak 15 Julai 2020 dan kedua–dua pihak masih lagi memperbaharui terma cut off date hampir setiap bulan.
Bagaimanakah reaksi para pelabur andai salah satu daripada pihak tersebut menarik diri daripada JV tersebut?
Sebab itulah penting bagi kita untuk fahami dan sentiasa mengikuti perkembangan syarikat yang dilaburkan supaya kita bertindak dengan ilmu.
Penulisan ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja, ini bukanlah saranan membeli atau pun menjual. Sebarang tindakan atau keputusan pelaburan adalah keputusan anda sendiri.
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)