Jom kita dengar kupasan daripada mentor pelaburan saham, Tuan Haji Mohd Asri tentang apa yang kita boleh perhatikan sepanjang minggu ini.
1. Sepanjang minggu lalu, pelabur institusi asing dan pelabur institusi tempatan merupakan net seller. Manakala pelabur runcit pula net buyer. Kita dapat lihat:
– Pasaran bergerak secara consolidation
– Sektor teknologi agak steady
– Sektor penjagaan kesihatan (healthcare) agak volatile
2. Minggu ni ada dua IPO baru, iaitu Mr. DIY dan Econframe
3. Minggu lepas di Amerika Syarikat mempunyai kaitan rapat dengan:
– Debat presiden
– Prestasi kewangan syarikat-syarikat gergasi
4. Minggu ini semakin hangat kempen pilihannya di Amerika Syarikat
– Klimaks pengumuman prestasi kewangan saham-saham seperti Apple, Microsoft, Twitter dan banyak lagi
– Pakej stimulus yang belum ada kata putus
– Pengumuman GDP pada hari Khamis, mereka mempunyai harapan tinggi ianya positif
5. Di Bursa Malaysia kita akan ada cuti umum sempena Maulidul Rasul pada hari Khamis
6. Di Malaysia:
– Bulan Quarter Report, biasanya kita kurang agresif kerana ianya melibatkan sentimen
– Indeks FBM KLCI kita sekarang betul-betul berada di support
– Saham teknologi menjadi pilihan kebanyakan pilihan para penganalisa yang baru membuat Breakout 52 Weeks High
– 3 sektor tumpuan: Teknologi, ACE dan healthcare
– Saham saranan RHB : TM, JHM, Frontken, MI, Ataims, RGTBHD
– Saranan broker lain: Elsoft, Boilerm
7. Ketika FBM KLCI dibuka:
– Mr. DIY di buka opening sama, tetapi terus mengalami penurunan. Masih awal pagi untuk diperkatakan, mungkin ada magic show nanti
– Indeks positif namun kini jatuh
– Saham paling aktif : Unisem, UWC, Frontken
– JFTech ada mengumumkan penggantungan (suspended) sehari: pending material announcement, ada sesuatu yang ingin diumumkan
8. THMA doakan agar semoga semua kita dilimpahkan rezeki, dijauhi daripada jangkitan wabak dan menjadi pelabur yang bijak dan bertaqwa
Sumber video: https://www.facebook.com/hj.mohdasriahmad/videos/266558491419804