KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Peruncit perkakas rumah, Mr D.I.Y Group (M) Bhd (Mr D.I.Y), yang mula disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia hari ini, memperuntukkan perbelanjaan modal sebanyak RM438 juta untuk pengembangan perniagaannya dalam tempoh dua tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Adrian Ong berkata syarikat itu merancang menambah jumlah cawangan runcitnya di bawah jenama Mr D.I.Y, Mr Toy dan Mr Dollar kepada 900 cawangan di seluruh negara menjelang Dis, 2021.
Setakat ini, Mr D.I.Y mempunyai 670 cawangan seluruh Malaysia dan empat di Brunei.
“Fokus kami ialah untuk terus membuka lebih banyak cawangan di Malaysia dan Brunei. Kedai perkakas rumah di bawah jenama Mr D.I.Y akan terus menjadi fokus utama pertumbuhan, diikuti oleh Mr Dollar dan Mr Toy.
“Kami akan membiayai (pengembangan) menggunakan kemampuan menghasilkan wang tunai daripada perniagaan kami, yang tidak hanya membiayai pertumbuhan tetapi juga menyediakan aliran tunai yang mencukupi untuk kami membayar dividen kepada para pemegang saham,” kata Ong.
Beliau berkata demikian semasa sidang media maya sempena penyenaraian syarikat itu di pasaran utama Bursa Malaysia hari ini.
“Tahun ini sahaja, kami telah membuka 81 cawangan dan mengembangkan jaringan kedai sebanyak 13.7 peratus. Walaupun kedai “brick and mortar” kekal menjadi strategi pertumbuhan utama, kami juga turut mengembangkan perniagaan e-dagang kami untuk menawarkan pengalaman membeli-belah pelbagai saluran (omnichannel) kepada para pelanggan,” katanya.
Melangkah ke hadapan, Ong berkata kumpulan itu akan terus melabur untuk memperkukuhkan perniagaannya dan merancang mengembangkan segmen e-dagangnya yang menyaksikan peningkatan perolehan sebanyak 500 peratus pada separuh pertama tahun ini.
Beliau berkata kumpulan itu yakin perniagaannya akan memberikan nilai kepada pemegang saham dalam jangka panjang.
“Di bawah jenama Mr D.I.Y, kami melabur dengan sasaran pulangan pelaburan dalam tempoh dua tahun.
“Itulah penanda aras yang telah kami tetapkan untuk perniagaan kami, tetapi masih terlalu awal untuk menetapkan tempoh pulangan pelaburan untuk perniagaan baharu kami,” tambahnya.
— BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards