fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Menara Kedua Tertinggi Dunia, Projek Merdeka 118 Berjalan Lancar Selepas Tertangguh Oleh PKP

in Berita
A A
Menara Kedua Tertinggi Dunia, Projek Merdeka 118 Berjalan Lancar Selepas Tertangguh Oleh PKP

Kredit Gambar : Siakapkeli

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 25 Okt  (Bernama) — Pembangunan Fasa 1 dan 2 presint berprestij Merdeka 118 Permodalan Nasional Bhd (PNB) dijangka siap menjelang suku kedua (Q2) 2022 daripada sasaran awal  iaitu akhir 2021, dan kelewatan ini adalah disebabkan oleh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Pembangunan menara ikonik ini dibiayai oleh PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PNBMV), anak syarikat milik penuh PNB.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn seterusnya memberitahu Bernama bahawa Fasa 3 yang merangkumi tiga menara kediaman dijadualkan siap pada 2024/2025.

“Kami kini berada di Fasa 1 pembangunan yang melibatkan menara Merdeka 118 dan infrastruktur sekitarnya. Struktur teras konkrit kami telah mencapai puncaknya di Tingkat 118 dan elemen utama (facade)  menara kami telahpun mencecah tingkat 82.

“Dijangkakan kepingan tebal (slab) bahagian lantai tingkat 118 akan siap pada akhir 2020.

“Insya-Allah, kami merancang mengadakan majlis ‘topping out’ untuk memperingati menara Merdeka 118 mencapai puncaknya yang setinggi 118 tingkat, bangunan tertinggi di Malaysia dan menara kedua tertinggi di dunia,” katanya.

Setakat Oktober, 2020, beliau berkata menara itu telahpun siap 60 peratus.

Merdeka 118 dibina berdekatan Stadium Merdeka, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.

Infrastruktur sekitarnya merangkumi sambungan langsung bermula dari Jalan Istana terus ke ruang bawah tanah pembangunan; akses pejalan kaki yang dihubungkan ke pusat bandar Bukit Bintang; penambahbaikan jalan seluas 106,000 meter persegi; terowong baharu yang menghubungkan Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) 3; dan jejantas baharu sepanjang 800 meter.

Ahmad Zulqarnain juga berkata bahawa projek ini pada masa ini berada pada peringkat awal Fasa 2 yang merangkumi pusat beli-belah dan taman linear Merdeka Boulevard @ 118.

Seperti yang ditetap di bawah syarat PKP,  beliau menjelaskan tapak pembinaan Merdeka 118 telah ditutup sepanjang tiga fasa pertama PKP dan secara beransur-ansur dibuka semula mulai 13 Mei 2020 dan seterusnya.

Dalam hal ini, beliau berkata pemaju perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

“Melalui tinjauan awal, ini telah menetapkan masa lanjutan dua hingga tiga bulan sehingga tempoh penyelesaian projek,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata PNBMV bercadang untuk menangguhkan pelancaran menara kediaman yang pada asalnya dijadualkan pada akhir tahun ini, kepada suku keempat 2021.

Menyentuh mengenai ruang pejabat, beliau berkata pihaknya kini dalam rundingan lanjutan dengan bakal penyewa dan pada masa sama terus aktif meninjau lebih banyak pelabur hartanah.

“Memandangkan keadaan pandemik dan ekonomi global sekarang, kami faham tempoh mencabar berada di hadapan kami yang terlibat dalam pasaran hartanah.

“Namun, kami lihat ini sebagai peluang untuk bergerak ke peringkat seterusnya agar dapat memenuhi “perubahan” permintaan ruang pejabat seperti yang dituntut oleh normal baharu,”katanya.

Merdeka 118 yang akan memperlihatkan penyatuan luar biasa antara seni bina bersejarah dan kontemporari di Kuala Lumpur, tidak hanya menampilkan menara yang menghadap dua mercu tanda negara Malaysia – Stadium Negara dan Stadium Merdeka, lokasi kemerdekaan Malaysia diisytiharkan pada tahun 1957, tetapi juga komponen lain.

Secara keseluruhan, ia akan turut merangkumi Park Hyatt Kuala Lumpur; dek pemerhatian; pusat beli-belah; Merdeka Boulevard @ 118 – Taman Linear seluas empat ekar dan ruang awam terbuka; Look @ 118 – kafe dengan pemandangan ‘Instagrammable’; Merdeka Residences; pusat jagaan kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun; dan sebuah masjid di presint yang dapat menampung sehingga 3,000 orang.

Sebaik sahaja siap, Merdeka 118 juga akan menjadi bangunan pertama di Malaysia yang berjaya memenuhi tiga akreditasi bangunan platinum hijau di peringkat tempatan dan antarabangsa, iaitu Indeks Bangunan Hijau (GBI), Hartanah Hijau (GreenRE) dan Kepimpinan dalam Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar (LEED).

 — BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share246ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In