fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

GDB Peroleh Kontrak 8 Conlay Bernilai RM1.25 Bilion

in Catalyst
A A
GDB Peroleh Kontrak 8 Conlay Bernilai RM1.25 Bilion

Kredit Gambar : GDB

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Syarikat perkhidmatan pembinaan, GDB Holdings Bhd memperoleh kontrak terbesar tunggal bernilai kira-kira RM1.25 bilion iaitu menyiapkan baki kerja bangunan utama untuk 8 Conlay, pembangunan bercampur bersepadu mewah di Jalan Conlay di sini.

GDB berkata unit milik penuhnya, Grand Dynamic Builders Sdn Bhd (GDBSB) hari ini melaksanakan Surat Hasrat (LOI) dengan Damai City Sdn Bhd, unit milik penuh KSK Land Sdn Bhd, untuk melantik GDBSB sebagai kontraktor utama bagi kerja-kerja tersebut, dalam tempoh 14 hari daripada tarikh LOI berkenaan.

“Tempoh keseluruhan kontrak adalah 32 bulan dan ia dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan GDB masa hadapan semasa tempoh kontrak,” menurutnya dalam kenyataan bersama dengan KSK Land hari ini.

GDB berkata dengan mengambil kira nilai perolehan kontrak dalam tangan GDB setakat 30 Jun, 2020 kontrak ini akan menjadikan nilai perolehan kontrak keseluruhan GDB kepada kira-kira RM2.27 bilion, yang akan diterima sehingga tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023.

Pengarah Urusan Kumpulan GDB, Cheah Ham Cheia berkata dengan memperoleh LOI bagi 8 Conlay, ia merupakan satu pencapaian dalam portfolio syarikat, memandangkan aspek kemewahan ikonik projek dan usaha cita-cita tinggi bagi pusat bandar.

“Tiga blok bertingkat tinggi ini akan menjadi menara tertinggi dalam antara projek yang kami sertai, dan akan menunjukkan kemampuan luas kami bagi melaksanakan usaha yang mencabar dari segi teknikal ini,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan KSK Land, Joanne Kua berkata pihaknya yakin dengan GDB menyertainya sebagai kontraktor utama, ia menekankan lagi komitmen KSK Land untuk menyiapkan 8 Conlay pada kualiti tahap tertinggi dan tepat masa walaupun tempoh semasa adalah mencabar.

8 Conlay, terletak di antara kawasan KLCC dan Segi Tiga Emas, merangkumi tiga menara di atas ruang runcit empat tingkat.

Menurut kenyataan itu, pembangunan bercampur bersepadu itu mengetengahkan Hotel Kempinski lima bintang yang pertama dan satu-satunya di Malaysia setinggi 68 tingkat serta dua menara berpintal khusus bagi kediaman berperkhidmatan berjenama yang dikenali YOO8 yang ditawarkan oleh Kempinski.

“Menara kediaman berperkhidmatan berjenama setinggi 61 tingkat bagi menara A dan 56 tingkat bagi menara B, dan tiga blok menara ini akan dilengkapi dengan podium 10 tingkat dan ruang bawah tanah setinggi lima tingkat,” menurutnya.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share317ShareSend

Related Posts

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]
Asas Saham

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

13 hours ago
AAB Akan Bayar RM8 Juta Kepada AAX Bagi Perjanjian Pajakan Tambahan Pesawat
Catalyst

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

1 day ago
Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas
Catalyst

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

1 day ago
Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih S1 Lebih Rendah Kepada RM30.37 Juta
Catalyst

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In