• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Betul Ke Pelaburan Saham Global Ni Mahal?

in Saham Global
A A
Betul Ke Pelaburan Saham Global Ni Mahal?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

Pasti ramai pelabur yang berminat untuk menceburkan diri dalam dunia pelaburan saham global. Tapi nak juga tahu tahu adakah benar pelaburan saham di peringkat global ini memerlukan modal yang besar atau hanya sangkaan semata-mata.

Pelaburan global ini bermaksud kita membeli saham-saham yang didagangkan di pasaran luar negara selain daripada negara Malaysia. Pasaran saham luar negara yang terkenal adalah seperti pasaran saham di Amerika Syarikat yang mempunyai tiga pasaran utama iaitu Dow Jones, Nasdaq dan juga S&P 500.

Berbalik kepada soalan di atas, adakah benar pelaburan global ini memerlukan modal yang besar, jawapan ringkasnya adalah “Ya”.

1. Tukaran Mata Wang Yang Tinggi

Ini kerana, pelaburan di pasaran saham luar negara memerlukan kita berdagang menggunakan mata wang negara lain. Sebagai negara membangun seperti Malaysia, mata wang Ringgit Malaysia jika hendak dibandingkan dengan mata wang negara maju sangat jauh jurangnya. Jika kita hendak melabur di pasaran Amerika Syarikat misalnya, jurang mata wang Ringgit Malaysia dan Dolar Amerika Syarikat secara kasarnya dalam lingkungan RM4.00 bagi setiap USD1.00.

Jurang mata wang ini sahaja sudah cukup untuk menggambarkan bahawa pelaburan di pasaran global memerlukan modal yang agak besar berbanding dengan pelaburan dalam negara.

2. Brokerange Fee Yang Mahal

Investment, interest rates and profit concept with percent symbols.

Selain daripada itu, brokerage fee yang dikenakan oleh broker tempatan juga agak tinggi bagi transaksi beli dan jual saham di pasaran global. Kebanyakan broker tempatan yang menyediakan perkhidmatan pelaburan global ini mengenakan brokerage fee sekitar USD25.00 bagi setiap transaksi. Ini bersamaan lebih kurang RM100.00 tanpa mengambil kira kos-kos lain seperti stamp duty dan cukai negara tersebut.

Ini menguatkan lagi jawapan bahawa pelaburan global sememangnya mahal berbanding perlaburan tempatan.

3. Boleh Beli Satu Unit Sahaja

Namun, ramai yang tidak sedar bahawa di pasaran Amerika Syarikat, had minimum pembelian saham adalah berbeza dengan had minimum yang ditetapkan di Malaysia. Di Malaysia, kita hanya dibenarkan untuk membeli sekurang-kurangnya satu lot saham atau bersamaan dengan 100 unit saham. Tetapi, di Amerika Syarikat khususnya, had minimum pembelian adalah satu unit. Ya, kita dibenarkan untuk membeli satu unit saham sahaja.

Seperti contoh saham Apple yang didagangkan pada harga USD119.02 seunit, dengan tukaran matawang USD/MYR bernilai RM4.15. Kita hanya memerlukan modal sebanyak RM493.93 sahaja untuk memiliki satu unit saham Apple. Jika termasuk dengan kos brokerage dan lain-lain kos yang dianggarkan sebanyak RM110, kita hanya memerlukan modal kurang daripada RM1,000 untuk berdagang di pasaran antarabangsa.

Ada sesetengah broker seperti Schwab, Robinhood, Fidelity dan Stash yang membenarkan pelabur untuk membeli sebahagian daripada satu unit saham itu sendiri. Ini bermakna pelabur boleh membeli setengah atau suku unit saham yang kita inginkan. Namun buat ketika ini, broker-broker yang disebutkan tadi masih tidak patuh syariah, jadi tidak sesuai bagi kita yang beragama Islam.

Rumusan

Pelabur perlu membuat perancangan yang teliti sebelum membuat sebarang keputusan untuk melabur di pasaran global. Bagi pelabur baru, anda dinasihatkan untuk membiasakan diri dengan pelaburan tempatan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk melabur di peringkat antarabangsa.

Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.

Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?

Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%

Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satu unit je.

Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:

  • Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
  • Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
  • Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
  • 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
  • 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street

Eh, banyak lagi lah.

Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.

Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?

Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!

Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street

Share398ShareSend

Related Posts

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini
Fundamental Analisis

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

12 months ago
Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh
Catalyst

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

12 months ago
Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%
Catalyst

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

1 year ago
Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
Saham Global

Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In