Keadaan di pasaran saham Bursa Malaysia masih berada di dalam keadaan ‘volatile’ walaupun jumlah dagangan daripada pelabur runcit meningkat.
Lebih daripada 50% harga saham syarikat di pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan isu politik yang belum reda pada hari Jumaat lepas, berikutan Mesyuarat Khas Kabinet yang mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan ‘Darurat Politik’ kepada Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong telah memperhalusi cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Abdul Aziz, Kuantan pada Ahad lepas dan telah mengeluarkan kenyataan tiada keperluan untuk mengisytihar darurat.

Sementara itu pada hari Rabu lepas, Jabatan Perangkaan Malaysia telah pun mengeluarkan ‘Consumer Price Index’ (CPI) bagi September 2020 menunjukkan penurunan sebanyak 1.4%. Penurunan ini didorong oleh sektor pengangkutan (-9.9%) ikuti ‘Housing, Water, Electricity, Gas & Other Fuels’ (-3.0%) dan ‘Clothing & Footwear’ (-0.6%). CPI adalah penanda aras bagi ekonomi yang kita perlu ambil tahu untuk mengukur inflasi.

Walaupun keadaan pasaran Bursa Malaysia yang agak ‘volatile’ minggu lalu, terdapat beberapa syarikat yang membuat kenaikan harga sahamnya iaitu Nationwide Express (NATWIDE). Syarikat tersebut yang terlibat dengan logistik telah naik harga sahamnya lebih daripada 129% pada hari Khamis dan ditutup rendah pada harga RM 0.225 pada hari Jumaat. Manakala, syarikat perabot SHH Resources (SHH) yang telah menyaksikan harga sahamnya naik lebih daripada 40% dalam masa 4 hari sejak 20 Oktober 2020 dan ditutup tinggi pada harga RM1.13.
Lebih daripada 20 syarikat telah mengumumkan prestasi kewangannya minggu lalu dan berikut adalah antara yang menarik perhatian:
- Unisem (M) Berhad (UNISEM):

Prestasi Kewangan Q3FY2020 menunjukkan pendapatannya telah naik sebanyak RM357,681 juta menjadikan keuntungannya sebanyak RM 50,744 juta iaitu naik 1683% jika dibandingkan dengan Q3FY2019. Cumulative free cash flow (CFCF) juga dilihat bertambah baik. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh peningkatan hasil jualan.
- ViTrox Corporation Berhad (VITROX):

Prestasi Kewangan Q3FY2020 menunjukkan pendapatannya telah naik sebanyak RM123,748 juta menjadikan keuntungannya sebanyak RM29,714 juta iaitu naik 114% jika dibandingkan dengan Q3FY2019. Cumulative free cash flow (CFCF) turun 4%. Peningkatan pendapatan suku tahun kali ini adalah hasil daripada permintaan oleh Machine Vision System dan Automated Board Inspection.
- Careplus Group Berhad (CAREPLS):
Prestasi Kewangan Q3FY2020 menunjukkan pendapatannya telah naik sebanyak RM122,705 juta menjadikan keuntungannya sebanyak RM42,856 juta iaitu naik 968% jika dibandingkan dengan Q3FY2019. Cumulative free cash flow (CFCF) melonjak naik sebanyak 20%. CAREPLS dikatakan akan meningkatkan kemudahan pembungkusan sarung getah tangan (surgical gloves) dari 72 juta pasang setahun kepada 288 juta pasang setahun pada akhir 2021.
Di Amerika Syarikat pula, Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi telah mengeluarkan kenyataan bahawa mungkin satu lagi bantuan COVID-19 akan diberikan sebelum pilihan raya Amerika Syarikat 3 November.

Beliau dijangka akan melanjutkan rundingan dengan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat Steven Mnuchin, di mana kedua-dua pihak tekad untuk berusaha mencapai kesepakatan yang bernilai sekitar USD 2 Trilion sebelum pilihan raya. Hal ini terserah kepada Presiden Donald Trump untuk bertindak dan berunding dengan pihak Republikan yang menentang.
Pasaran Komoditi
Harga emas masih cuba untuk bertahan di atas paras USD 1900 per auns.

Pergerakan harga emas juga perlahan pada sesi dagangan pada pagi Jumaat kerana pasaran telah memberi tumpuan pada pendebatan Donald Trump dengan Joe Biden. Harga emas masih dalam cubaan untuk memecahkan paras rintangan 1930 dan sekiranya paras rintangan tidak berjaya, harga emas akan berlegar di paras 1900 dengan paras sokongan sekitar 1875.
Harga minyak mentah Crude Oil WTI kini berada di bawah $40 begitu juga Brent Oil yang kini berada di bawah $42. Permintaan minyak mentah dilihat masih lemah.

Harga minyak kelapa sawit (FCPO) bagi kontrak Januari di Bursa Malaysia naik RM 30 atau 1.1% menjadi RM 2888 se-tan. Analisa teknikal menunjukkan paras sokongan adalah di sekitar 2760 – 2740 dan paras rintangan adalah 2910 – 2980.

Minggu Ini
IPO Mr. DIY telah disenaraikan pada pagi Isnin dan menjadi kaunter yang paling aktif setakat pagi ini. Dibuka pada RM1.60 iaitu harga yang sama dengan harga IPO ditawarkan, harga saham IPO jatuh sehingga RM1.50 sebelum membuat kenaikan setinggi RM 1.80 setakat pagi ini. IPO Econframe pula akan disenaraikan pada hari Selasa dengan jangkaan kenaikan sehingga RM0.34 oleh purata TP para analisis dikuatkan lagi dengan lebihan permintaan sehingga 40 kali ganda terhadap IPO tersebut.

Selain daripada itu, lebih daripada 30 syarikat dijangka akan mengumumkan prestasi kewangannya pada minggu hadapan antaranya Takaful Malaysia, Bursa Malaysia, Lotte Chemical, Globetronics dan Kronologi. Berdasarkan sentimen yang sedang berlaku, pasaran dijangka masih mengalami keadaan ‘volatile’ minggu hadapan atas faktor sentimen isu politik negara yang masih belum selesai termasuk ‘Darurat Politik’, pengumuman prestasi kewangan syarikat serta peningkatan jangkitan kes COVID-19.
Di antara perkara penting yang perlu di perhatikan minggu ini adalah:
1. Inventori Minyak – Rabu
2. External Trade Statistic – Rabu
3. Producer Price Index – Rabu
4. US Initial Jobless Claims – Khamis
Dalam ketidak tentuan pasaran modal kini, para pelabur dinasihati untuk berhati–hati dalam pelaburan di Bursa Malaysia. Bekas CEO UEM Group Dato’ Izzadin pernah berkata, “While striving for your professional career, remember to stop and smell the roses”. Ada baiknya untuk berehat sebentar daripada dunia pelaburan setelah mengaut keuntungan dengan meneliti serta mengkaji kemungkinan pasaran Bursa Malaysia pada masa hadapan.
Penulisan ini adalah bertujuan pendidikan sahaja. Ini bukan saranan untuk membeli ataupun menjual. Sebarang tindakan ataupun keputusan pelaburan adalah tanggungjawab anda sendiri.
Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.
Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.Mulakan sekarang.
Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab

Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :
1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti
Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.
Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.
Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->






![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)