fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Unit Sime Darby Akan Bayar Pembekal Hastings Deering Dalam Dolar US

in Catalyst
A A
Unit Sime Darby Akan Bayar Pembekal Hastings Deering Dalam Dolar US

Kredit Gambar : Sime Darby Plantation

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

Petronas Meterai PSC Baharu Untuk Medan Gas Blok I Di Turkmenistan

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Sime Darby Plantation Bhd (SDP), New Britain Palm Oil Ltd (NBPOL) akan membantu anak syarikat tidak langsung Sime Darby Bhd, Hastings Deering (PNG) Ltd (HDPNG) dengan membuat pembayaran terus kepada pembekal luar pesisir HDPNG dalam dolar US.

NBPOL hari ini menandatangani perjanjian dengan HDPNG untuk membuat pembayaran itu setelah NBPOL menerima arahan tertentu dan pembayaran dalam mata wang Papua New Guinea Kina (PGK) daripada HDPNG berdasarkan kadar pertukaran yang dipersetujui.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, SDP berkata pengaturan itu membolehkan NBPOL membantu HDPNG, pihak berkaitan yang menghadapi kesulitan operasi di pasaran asing.

“Kawalan pertukaran asing di Papua New Guinea (PNG) bersama dengan aliran masuk mata wang asing yang tidak mencukupi telah menyebabkan kekurangan mata wang asing dalam PNG.

“Akibatnya, bank perdagangan di PNG tidak dapat memenuhi syarat oleh syarikat di PNG untuk mata wang asing untuk pembayaran kepada pembekal luar pesisir mereka,” katanya.

Jumlah keseluruhan yang diterima daripada HDPNG dari Julai 2020 hingga Oktober 2020 adalah PGK27.9 juta, bersamaan dengan kira-kira RM33.8 juta yang terdiri daripada pembayaran sekitar RM32.1 juta kepada pembekal luar pesisir HDPNG dan margin kira-kira RM1.7 juta yang diperoleh daripada kadar pertukaran yang dipersetujui.

Ia berkata barangan import HDPNG daripada pembekal luar pesisir dan akaun pembekal luar pesisir tersebut dibayar dalam dolar US.

“HDPNG menjual produknya di PNG dan memperoleh hasil jualannya dalam mata wang PGK. Kerana ketersediaan mata wang asing dalam PNG yang terhad, HDPNG kerap kali tidak dapat memenuhi semua bayaran dalam dolar US untuk barangan importnya,” katanya.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share252ShareSend

Related Posts

Untung Bersih Suku Ketiga Dialog Susut Kepada RM133.07 Juta
Catalyst

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

2 hours ago
Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

1 day ago
Petronas Mulakan Perniagaan LNG Di Pelabuhan Pasir Gudang
Catalyst

Petronas Meterai PSC Baharu Untuk Medan Gas Blok I Di Turkmenistan

1 day ago
Keuntungan Bersih Suku Pertama 2024 Westports Meningkat Kepada RM204.51 Juta
Catalyst

Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025

7 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In