KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) — Esri Malaysia mengumumkan Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) sebagai pemenang Anugerah Pencapaian Khas ESRI dalam Sistem Maklumat Geografi (SAG) 2020.
Esri Malaysia merupakan pihak berkuasa utama negara dalam teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan lebih khusus sebagai platform ArcGIS terkemuka di dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif Esri Malaysia Sdn Bhd CS Tan berkata anugerah ini mengiktiraf keberhasilan pengaplikasian GIS dalam projek Pengurusan Aset Paip Petronas yang telah membolehkan pihak Petronas untuk menggambarkan lebih daripada 20 lapisan data spatial dan bukan spatial.
“Teknologi geospatial telah memanfaatkan Petronas dengan membolehkan aliran kerja yang lancar. Secara tidak langsung, ini telah mendorong peningkatan produktiviti secara ketara, di samping meningkatkan kerjasama dan mempercepatkan proses membuat keputusan,” katanya dalam satu kenyataan.
Tan berkata GIS telah digunakan secara meluas oleh syarikat-syarikat di bawah kumpulan Petronas sejak tahun 2006 dalam bidang eksplorasi, pembangunan, pengeluaran dan operasi; kejuruteraan dan kemudahan, termasuk bidang penyelenggaraan dan pemantauan melalui pemetaan GIS atau alat visualisasi.
“Dengan mengintegrasikan teknologi GIS ke dalam operasi yang sedia ada pelbagai industri, organisasi boleh mengumpulkan semua data dari pelbagai sumber dan menyalurkannya ke platform yang bersepadu untuk menghasilkan alternatif dalam pelbagai senario sebelum membuat sesuatu,” kata beliau.
Sejak 1985, Esri Malaysia telah membantu pelbagai agensi kerajaan dan syarikat untuk menterjemahkan data mereka ke dalam bentuk peta untuk membantu mereka membuat keputusan yang lebih baik berdasarkan pengiraan alternatif hasil analisis daripada ArcGIS.
Tan berkata peta yang dihasilkan di platform ini dapat dilihat, diakses dan dikongsi melalui laporan papan pemuka yang sentiasa dikemaskini untuk memastikan data analisis mengikut waktu sebenar.
“’Kami juga berhasrat untuk bekerjasama dengan lebih banyak organisasi yang mengumpulkan maklumat berdasarkan lokasi dan mulakan perjalanan ke arah komuniti pintar yang terdiri daripada individu dan perniagaan yang berkembang maju seiring penggunaan teknologi canggih,” jelas beliau.
— BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards