• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Kodak & Proses Nyahsenarai dari Pasaran Saham Amerika Syarikat

in Saham Global
A A
Kodak & Proses Nyahsenarai dari Pasaran Saham Amerika Syarikat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

Kodak, sebuah jenama yang membawa memori kita semua kepada nostalgia abad ke-19. Kodak atau nama sebenar syarikatnya iaitu Eastman Kodak Co., memang tidak asing lagi dalam industri perfileman dan kamera. Dahulunya jenama tersebut berdiri sama hebat dengan Nikon, Canon, Leica, Twentieth Century Fox, Walt Disney Co. dan Warner Bros. Entertainment Inc.

Selain menjana pendapatan yang besar daripada penghasilan kamera konvensional dan filem, Kodak juga mempunyai Kodak Theater (sudah dijual dah bertukar nama Dolby Theatre), tempat di mana berlangsungnya persembahan teater, malam anugerah dan program realiti seperti American Idol, Academy Award dan juga anugerah Oscar.

Namun, segalanya berubah pada tahun 2012 di mana Kodak terpaksa memfailkan bankrap. Syarikat Kodak yang berstatus blue chip akhirnya diisytiharkan muflis, kerana kurang peka dengan kehendak masyarakat yang lebih ke arah digital. Kodak tidak dapat diselamatkan lagi kerana hutangnya terlalu besar dan kemasukan wang tidak lagi selari dengan bebanan hutang yang semakin meningkat dari setahun ke setahun.

Tersingkir daripada NYSE Disebabkan Harga Saham Di Bawah USD1

Punca utama Kodak tersingkir daripada pasaran saham New York (NYSE) adalah disebabkan prestasi syarikat yang kian merosot. Namun, segalanya berpunca daripada notis amaran dari NYSE mengenai harga saham yang kian rendah sebelum keluarnya berita berkenaan Kodak memfailkan bankrap.

Dahulunya tersenarai dengan kod EK, di Fortune 500

Di Malaysia, notis PN17 atau GN3 dikeluarkan oleh Bursa Malaysia kepada syarikat–syarikat yang mengalami masalah kewangan syarikat. Berbeza dengan NYSE, tidak sekadar masalah kewangan syarikat yang menjadi kriteria atau pun pasaran modal yang semakin rendah, nilai saham dagangan pun tidak boleh berada di bawah USD1 selama 30 hari berturut–turut, atau saham syarikat bakal digantung.

Syarikat pula wajib mengemukakan pelan kewangan kepada NYSE dalam tempoh 10 hari dari tarikh menerima notis amaran tersebut. NYSE juga berhak untuk tidak meluluskan pelan tersebut dan akan keluarkan kenyataan media sebelum proses penggantungan berlaku.

Erti kata mudah, saham di Bursa Malaysia boleh jadi semurah RM0.005, manakala di NYSE pula cuma USD1 sahaja untuk tempoh sebulan. Kedua–duanya mempunyai persamaan, iaitu dikenali sebagai penny stock. Tujuan NYSE mengenakan peraturan tersebut adalah sebagai langkah berjaga–jaga agar tidak terjadinya kes manipulasi harga saham selain tidak menggalakkan pelaburan berisiko tinggi. 

Jika di Bursa Malaysia, simbol tanda seru ‘!’ akan terpapar bersama nama saham syarikat tersebut di trading platform, di NYSE pula akan terpapar ‘.PK’ atau ‘.OTCBB’ merujuk kepada Pink Sheet dan Over The Counter pula.

Peraturan Yang Lebih Fleksibel

Biar pun begitu, pihak NYSE juga memberikan fleksibiliti kepada syarikat berharga saham murah mengikut keadaan ekonomi semasa.

Sumber Gambar : Reuters

Sebagai contoh, pada tarikh 11 September 2001 dunia digemparkan dengan serangan terhadap World Trade Center di pusat bandar New York, Amerika Syarikat. Akibat daripada serangan tersebut, ianya telah menyebabkan pasaran modal dunia menjadi volatile dan NASDAQ mengumumkan kelonggaran syarat untuk kekal di pasaran modalnya.

Kelonggaran yang sama juga dikenakan pada hujung tahun 2008 apabila dunia sedang bergelut dengan krisis ekonomi.

Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.

Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?

Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%

Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satu unit je.

Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:

  • Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
  • Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
  • Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
  • 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
  • 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street

Eh, banyak lagi lah.

Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.

Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?

Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!

Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street

Share362ShareSend

Related Posts

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini
Fundamental Analisis

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

11 months ago
Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh
Catalyst

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

11 months ago
Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%
Catalyst

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

11 months ago
Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
Saham Global

Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In