fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Suku-3 Maxis Meningkat Kepada RM365 Juta

in Catalyst
A A
Maxis Lancar Kempen Transformasi Semula

Kredit Gambar : Website Maxis

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

Ulasan Keputusan: VS Industry [12 Jun 2025]

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) — Keuntungan bersih Maxis Bhd bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept, 2020 meningkat sedikit kepada RM365 juta daripada RM358 juta pada suku ketiga 2019.

Bagaimanapun, hasil turun sebanyak 3.2 peratus kepada RM2.21 bilion daripada RM2.28 bilion sebelumnya, kata syarikat telekomunikasi itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini. 

Maxis berkata hasil perkhidmatan tidak berubah daripada RM1.94 bilion pada suku ketiga 2019, dengan kerugian dalam perniagaan borong dan pendapatan perayauan antarabangsa yang disebabkan pandemik COVID-19 diimbangi oleh pertumbuhan dalam perniagaan gentian dan enterpris. 

Hasil perkhidmatan tidak termasuk hasil borong meningkat RM10 juta kepada RM1.93 bilion berbanding RM1.92 bilion pada suku ketiga 2019.

Sementara itu, hasil perkhidmatan pasca bayar turun kepada RM956 juta daripada RM979 juta sebelumnya, manakala purata hasil setiap pengguna (APRU) turun kepada RM84 pada suku ketiga 2020 daripada RM90 pada suku ketiga 2019, disebabkan terutamanya pengurangan kadar penamatan mudah alih, kesan pencairan daripada Hotlink Postpaid dan kekurangan pendapatan perayauan antarabangsa. 

Hasil perkhidmatan prabayar turun kepada RM717 juta daripada RM794 juta apabila jumlah langganan prabayar susut kepada 5.91 juta daripada 6.33 juta disebabkan penggabungan berterusan SIM, peralihan kepada perkhidmatan pascabayar Hotlink dan bilangan pekerja asing yang rendah. 

ARPU prabayar kekal stabil pada RM40 berbanding RM41 pada suku ketiga 2019.

Maxis berkata pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan normal turun kepada RM924 juta berbanding RM964 juta, bagaimanapun, keuntungan normal tinggi pada RM364 juta daripada RM361 juta.

Perbelanjaan modal syarikat bagi suku tersebut berjumlah RM319 juta, lebih tinggi berbanding RM242 juta dalam suku ketiga 2019, dengan pelaburan menumpukan kepada melindungi prestasi rangkaian dan mengimbangi semula kapasiti, kesediaan 5G dan perniagaan enterpris. 

“Pada April, kumpulan menarik balik panduan tahun kewangan 2020 yang sebelum ini dinasihatkan sehingga ia dapat memastikan dengan jelas selama mana kesan pandemik itu akan berlarutan. 

“Memandangkan keadaan yang tidak menentu, kumpulan menganggap adalah lebih berhemat untuk tidak mendedahkan prospek baharu,” kata syarikat itu. 

Selain itu, Maxis memantau dan menilai dengan menyeluruh impak daripada COVID-19 dan apabila ia bersesuaian untuk mendedahkan sebarang maklumat penting, kumpulan itu akan melakukannya mengikut Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama. 

“Kumpulan kekal berada dalam kedudukan kewangan yang baik untuk mengharungi krisis akibat daripada pandemik COVID-19 ini. Lembaran imbangan kami kekal kukuh dan pembiayaan dan mudah tunai kami masih baik.

“Kumpulan telah mengambil langkah untuk melindungi keselamatan kakitangan, pelanggan, ekonomi Malaysia dan operasi terasnya dan sentia peka dengan sebarang peluang untuk mengukuh dan mengembangkan perniagaannya semasa tempoh tidak menentu ini,” kata Maxis. 

— BERNAMA 

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share233ShareSend

Related Posts

Untung Bersih Suku Kedua BAuto Melonjak Kepada RM65.67 Juta, Umum Dividen 3.50 Sen
Catalyst

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

3 days ago
Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta
Catalyst

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

3 days ago
VS Industry Raih Untung Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM169.74 Juta
Catalyst

Ulasan Keputusan: VS Industry [12 Jun 2025]

3 days ago
Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?
Catalyst

Untung Bersih Bermaz Auto Susut Kepada RM155.90 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In