• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

KPOWER Peroleh 51% Kepentingan Chemtrax Pada Harga RM10 Juta

in Catalyst
A A
KPOWER Peroleh 51% Kepentingan Chemtrax Pada Harga RM10 Juta

Kredit Gambar : The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) — Kumpulan Powernet Bhd (KPower) hari ini memeterai perjanjian penjualan saham dengan Sabaka Group Sdn Bhd untuk memperoleh 2.19 juta saham atau 51 peratus kepentingan dalam subsidiari milik penuh Sabaka, Chemtrax Sdn Bhd dengan bayaran RM10 juta. 

Pengarah Urusan KPower, Mustakim Mat Nun dalam satu kenyataan hari ini berkata cadangan pengambilalihan itu adalah selaras dengan visi dan hasrat syarikat yang mahu meneroka segmen logistik sebaik sahaja kemunculan pemegang saham baharunya setahun sebelum ini. 

“Melalui pengambilalihan ini, kami akan dapat memanfaatkan pengalaman, kepakaran termasuk rangkaian sedia ada Chemtrax dengan syarikat multinasional untuk mengembangkan lagi dan mendukung aktiviti KPower serta pemegang saham utamanya,” katanya.

Chemtrax yang berpangkalan di Pasir Gudang, Johor, pada dasarnya terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan kimia dan gas serta penghantaran. Ia mempunyai kemudahan logistik dengan depoh dan limbungan di Pasir Gudang serta Simpang Renggam di Johor dan Kuantan di Pahang. 

Ditubuhkan pada 1998, Chemtrax mempunyai lebih daripada 22 tahun pengalaman pengendalian dan pengkhususan dalam pengangkutan bahan berbahaya termasuk bahan-bahan khusus yang digunakan dalam pembuatan sarung tangan nitril antara Malaysia dan Singapura.

Syarikat itu mempunyai 93 unit trak, tangki, penggerak utama, tong dan treler bagi menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan yang kebanyakannya merupakan syarikat multinasional dengan keperluan serta piawaian keselamatan yang tinggi.

Chemtrax juga aktif terlibat dalam pengangkutan lateks sintetik dan getah nitril butadiena, yang merupakan bahan utama untuk membuat sarung tangan lateks dan KPower menjangkakan Chemtrax akan mendapat manfaat daripada lonjakan permintaan sarung tangan lateks di seluruh dunia akibat pandemik COVID-19. 

“Kami juga gembira kerana kami dapat menyumbang kepada pembendungan pandemik COVID-19 melalui pengambilalihan Chemtrax.

“Peningkatan permintaan terhadap sarung tangan nitril juga telah menyebabkan lonjakan permintaan membabitkan perkhidmatan khusus Chemtrax. Kami memberikan komitmen penuh melalui pengembangan fasiliti ini bagi memenuhi keperluan pengeluar sarung tangan.

“Secara anggaran, kami memerlukan tambahan 15 unit kenderaan khusus ini,” kata Mustakim. 

Pendapatan yang telah diaudit sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (Ebitda) Chemtrax pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019 berjumlah RM5.80 juta. 

Sabaka memberikan jaminan bahawa agregat Ebitda dari Chemtrax dalam tahun kewangan berakhir 2020 dan tahun kewangan berakhir 2021, berdasarkan kepada jangkaan perniagaan, tidak akan kurang daripada RM10.0 juta atau RM5.0 juta bagi setiap tahun kewangan.

Berdasarkan kepada 51 peratus kepentingan ekuiti yang akan diperoleh KPower, sumbangannya kepada KPower mampu mencecah RM2.55 juta bagi tahun kewangan berakhir 2020 dan tahun kewangan berakhir 2021, berdasarkan jaminan Ebitda. 

“Dengan jaminan Ebitda seperti yang diperuntukkan di bawah terma pengambilalihan yang dicadangkan, kami menjangkakan pengambilalihan ini akan segera membuahkan hasil serta menyediakan kemampanan jangka panjang kepada perolehan dan keuntungan syarikat,” tambah Mustakim.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share255ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In