• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Kaunter Mah Sing Naik, Kenapa Laggard Tak Naik?

in Catalyst
A A
Kaunter Mah Sing Naik, Kenapa Laggard Tak Naik?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Siapa yang tidak kenal dengan nama syarikat Mah Sing yang merupakan sebuah syarikat pemaju hartanah yang begitu gah di Malaysia. Mula menerokai bidang pembangunan hartanah pada tahun 1994, Mah Sing sejak itu terus bergerak maju ke hadapan menjadi peneraju pemaju hartanah di Malaysia.

Sejak pandemik Covid-19 melanda, syarikat-syarikat di Malaysia yang terlibat dalam sektor pembuatan sarung tangan dan penjagaan kesihatan mendapat manfaat dan membuat keuntungan yang tinggi. Masihkah anda ingat Top Glove yang berjaya membuat keuntungan bersih bernilai lebih RM1 bilion pada suku tahun yang lalu? 

Sedangkan sektor pembinaan dilihat sendu sepanjang tahun 2020. Melihat situasi ini, Mah Sing turut bertindak pantas untuk melakukan sesuatu bagi menyelamatkan syarikat ini.

Sumber : Malaysiastock.biz

Pada 15 Oktober yang lalu, Mah Sing telah mengumumkan bahawa mereka bercadang untuk mempelbagaikan aktiviti perniagaan syarikat itu dengan menceburi perniagaan pembuatan sarung tangan dan produk berkaitan penjagaan kesihatan. Sehari selepas itu, Mah Sing mengumumkan modal perbelanjaan yang diperuntukkan bagi fasa pertama projek ini adalah tidak melebihi RM150 juta.  

Perbelanjaan modal ini akan meliputi pembelian 12 barisan sarung tangan baru, kilang dan peralatan mesin.

Apakah Kesan Daripada Pengumuman Tersebut?

Sumber : Trading View

Melihat kepada carta, pasaran bertindak baik terhadap catalyst yang diumumkan oleh Mah Sing pada 15 Oktober. Sebaik sahaja pasaran dibuka pada 16 Oktober, pembeli tidak mahu ketinggalan membeli saham Mah Sing kerana percaya catalyst ini mampu melonjakkan harga saham Mah Sing. Ini kerana negara kita sekali lagi berdepan dengan bilangan kes Covid-19 yang semakin meningkat saban hari.  

Permintaan yang tinggi terhadap saham ini menyebabkan harga saham membuat Gap Up pada 19 Oktober dan Mah Sing ditutup pada paras RM1.24 dengan kenaikan sebanyak 30.0 sen atau 31.22%. Ianya telah naik ke paras tertinggi yang dibenarkan dalam masa sehari, yang juga dikenali sebagai Limit Up.

Sumber : Trading View

MCT Berhad merupakan syarikat yang tergolong dalam sektor hartanah (property) sama seperti Mah Sing. MCT yang dikategorikan sebagai laggard di dalam sektor hartanah tidak menunjukkan tindak balas ketika leadernya iaitu Mah Sing bergerak naik. Mengapa ini berlaku?

Hal ini terjadi kerana catalyst yang berkaitan dengan Mah Sing tiada kena-mengena dengan sektor hartanah mahu pun pembinaan. Mah Sing mengumumkan bahawa mereka akan menceburi bidang pembuatan sarung tangan.

Persoalannya di sini adakah laggard lain di dalam sektor hartanah akan turut menerokai perniagaan pembuatan sarung tangan? Jawapannya, tidak, kerana ianya bergantung kepada syarikat masing-masing.

Kesimpulannya di sini, meskipun kita mempunyai pengetahuan mengenai leaders & laggards di dalam sesebuah sektor, adakah setiap kali leader bergerak naik dan laggard akan mengekori rapat di belakang? Jawapannya, mungkin tidak.

Kita harus lebih cekap dalam memahami leaders & laggards dan catalyst yang berkaitan dengannya. Sebelum itu, saja ingin kami beritahu kami ada kongsikan senarai leaders & laggards di dalam e-book kami.

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share1051ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In