fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Petang Ini

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) — Kegiatan membeli saham murah dalam kalangan kaunter wajaran tinggi berkaitan penjagaan kesihatan, produk dan perkhidmatan pengguna, pengangkutan dan perladangan menyaksikan Bursa Malaysia berjaya kembali mencatatkan keuntungan untuk ditutup tinggi selepas mengalami kerugian awal.

Bagaimanapun, di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 614 berbalas 460 manakala 451 kaunter tidak berubah, 641 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Ketika ditutup petang ini, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.40 mata kepada 1,498.80 daripada penutupan 1,492.40 semalam.

Indeks utama dibuka pada 1,492.95 dan seterusnya bergerak antara 1,485.77 dan 1,500.05 sepanjang hari.

Jumlah dagangan merosot kepada 6.73 bilion unit bernilai RM4.6 bilion daripada 8.47 bilion unit bernilai RM5.94 bilion dicatatkan ketika ditutup pada petang Rabu.

Bagi 30 kaunter indeks, 18 adalah tinggi diketuai oleh IHH yang menambah 23 sen kepada RM5.19, Nestle melonjak RM5.10 kepada RM144.50 dan MISC mengukuh 21 sen kepada RM6.61.

Tiga kaunter tidak berubah — Hong Leong, CIMB Group dan Genting, manakala sembilan lebih rendah,

Dalam kalangan indeks pula, tiga sektor mencatatkan lebih daripada satu peratus keuntungan iaitu pengangkutan dan logistik, FBM ACE dan teknologi.

Indeks sektor perladangan meningkat sedikit di bawah paras satu peratus (0.87 peratus), disokong oleh pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang menyatakan buruh paksa bukan lagi menjadi isu kepada negara menjelang 1 Jan, 2021.

Ini berikutan pelaksanaan pelbagai langkah menanganinya termasuk menerusi penetapan mandatori Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Menteri Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata MSPO itu antara lainnya mewajibkan semua pemain industri mematuhi syarat tidak menggunakan khidmat buruh paksa bagi mendapatkan pensijilan tersebut.

FGV, yang didakwa oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS berkenaan isu itu pada September, menyaksikan sahamnya meningkat dua sen kepada RM1.10 hari ini.

Dalam perkembangan lain, Jabatan Perangkaan menjangkakan ekonomi negara terus berada dalam trend pemulihan berdasarkan kepada kadar pertumbuhan Indeks Pelopor (IP) yang lancar. 

LI pada bulan Ogos meningkat kepada 108.5 mata daripada 100.8 mata pada Ogos 2019.

Dalam perspektif yang lebih luas, Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata dengan koronovirus masih lagi berleluasa di seluruh dunia dan pilihan raya presiden AS tidak lama lagi, keadaan pasaran mungkin akan lebih tidak menentu.

 Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun sembilan sen kepada RM7.06, Public Bank jatuh 20 sen kepada RM15.56, Top Glove naik dua sen kepada RM8.90, dan Tenaga enam sen lebih tinggi pada RM10.08.

Kaunter paling untung, Malaysia Pacific Industries melonjak 52 sen kepada RM20.60, UWC naik 47 sen kepada RM6.80 sementara syarikat berkaitan perladangan Genting Plantations meningkat 49 sen pada RM10.28.

Bagi saham aktif, Lambo tidak berubah pada tiga sen, Diversified Gateway turun 4.5 sen kepada 18.5 sen dan Iris Corp empat sen lebih baik pada 30.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 48.77 mata kepada 10,886.11, Indeks FBMT 100 menambah 47.52 mata kepada 10,677.52 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 102.64 mata kepada 13,077.88.

FBM 70 menokok 71.47 mata kepada 14,383.14 dan FBM ACE melonjak 156.65 mata kepada 10,951.20.

Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 98.83 mata kepada 12,304.05, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.35 mata menjadi 144.81, Indeks Perladangan menambah 60.14 mata kepada 6,920.45, dan Indeks Penjagaan Kesihatan 10.85 mata lebih baik pada 4.111.74.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 3.3 bilion saham bernilai RM3.72 bilion daripada 4.91 bilion saham bernilai RM4.87 bilion yang dicatatkan pada hari Rabu.

Jumlah dagangan waran turun kepada 887.73 juta unit bernilai RM212.98 juta berbanding 1.14 bilion unit bernilai RM276.92 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 2.53 bilion saham bernilai RM667.19 juta berbanding 2.41 bilion saham bernilai RM795.72 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 639.64 juta saham yang diperdagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (811.57 juta), pembinaan (127.98 juta), teknologi (516.35 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (76.96 juta), hartanah (475.36 juta), perladangan (24.30 juta), REIT (4.66 juta), dana tertutup (7,000), tenaga (159.53 juta), penjagaan kesihatan (130.44 juta), telekomunikasi dan media (41.93 juta), pengangkutan dan logistik (199.60 juta), dan utiliti (95.13 juta).

– BERNAMA

Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

20 hours ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In