KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) — Bintai Kinden Corporation Bhd (BKCB) telah mencadangkan untuk menyelesaikan hutang tertunggak anak syarikat milik penuhnya, Optimal Property Management Sdn Bhd (OPM) sebanyak RM23.39 dengan Handal Jayabina Sdn Bhd (Handal).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, BKCB berkata hutang tertunggak merangkumi semua jumlah tertunggak di bawah kontrak pembinaan pada 1 Julai 2016, Handal Jayabina telah dilantik oleh OPM sebagai kontraktor utama untuk pembinaan tempat penginapan kampus Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).
Ia berkata OPM yang terlibat dalam pengurusan hartanah, pada 3 Disember 2015 dianugerahkan dengan konsesi selama 25 tahun untuk merancang, membina, melengkapkan, mengendali dan menyelenggara keseluruhan tempat tinggal di kampus dan kemudahan yang berkaitan untuk KUIM.
BKCB berkata penyelesaian itu akan dibuat melalui penerbitan 31.8 juta saham dalam BKCB pada harga terbitan 64.5 sen seunit bernilai RM20.51 juta, 28.500 penerbitan saham di OPM bernilai RM2 juta dan bakinya RM886.091 akan diselesaikan secara pembayaran tunai.
“Setelah selesai, kepentingan ekuiti efektif dalam OPM oleh BKCB akan dicairkan daripada 100 peratus kepada 94.6 peratus, justeru Handal Jayabina akan memegang baki kepentingan ekuiti sebanyak 5.4 peratus dalam OPM.
“Selepas mempertimbangkan semua pilihan, Ahli Lembaga berpendapat penyelesaian hutang adalah cara yang paling tepat untuk melangsaikan hutang tertunggak tanpa menanggung kewajiban hutang tambahan atau kos faedah serta untuk mengurangkan potensi aliran keluar tunai dan bukannya memanfaatkan dana dalaman atau pinjaman bank,” katanya.
Sekiranya tiada sebarang halangan, ia berkata cadangan penyelesaian hutang itu dijangka selesai pada separuh pertama tahun 2021.
— BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards