• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Top 10 Sektor Terhangat Di Bursa Malaysia Bagi Tahun 2020

in Fundamental Analisis
A A
Top 10 Sektor Terhangat Di Bursa Malaysia Bagi Tahun 2020
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Tahun 2020 boleh dikatakan tahun yang sangat mencabar bagi semua orang. Baik perusahaan besar, perniagaan kecil dan sederhana mahu pun rakyat marhaen. Penyebaran wabak Covid-19 pada tahun ini telah melumpuhkan ekonomi seluruh dunia dan kegelisahan akibat daripada wabak ini semakin teruk dengan perlaksaan semula Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) di beberapa ibu negeri penting di Malaysia.

Namun, dalam kesempitan dan cabaran yang berat melanda ekonomi dunia ini,masih ada sektor yang tidak terkesan malah semakin berkembang akibat daripada kegawatan ekonomi ini dan boleh dikatakan sektor yang hangat di kalangan para pelabur. Kita semestinya mencari sektor yang kebal daripada kegawatan ekonomi ini bagi menjana keuntungan yang luar biasa.

Biasa dengar pepatah, “Be greedy when others are fearful”?

Jadi, mari kita lihat top 10 sektor yang terhangat di pasaran saham Bursa Malaysia untuk tahun 2020.

Top 10 Sektor Terhangat Tahun 2020

Sumber: Trading View

Seperti kita sedia maklum, sektor kesihatan adalah sektor yang paling bertuah di saat wabak Covid-19 melanda dunia. Sektor teknologi kesihatan meduduki tangga pertama dengan peningkatan sebanyak 499.42% dan diikuti oleh sektor pengeluar di tempat kedua dengan kenaikan sebanyak 105.78%. Di tempat ketiga adalah sektor teknologi elektronik yang mencatatkan kenaikan sebanyak 97.45%. Sektor-sektor yang lain adalah seperti yang tertera pada gambar di atas.

Sektor-sektor inilah yang menjadi buruan para pelabur pada ketika ini untuk menjana keuntungan dalam pelaburan, kerana sektor ini menerima manfaat daripada kejatuhan ekonomi dunia yang berlaku.

Jadi, mari kita lihat kaunter-kaunter yang menyumbang kepada keuntungan kepada sektor-sektor di atas terutamanya pada sektor teknologi kesihatan, sektor pengeluaran dan juga sektor teknologi elektronik.

Kaunter-Kaunter Penyumbang Kepada Sektor Teknologi Kesihatan

Sumber: Trading View

Kaunter sarung tangan Supermax Corporation Berhad merupakan kaunter yang mencatatkan kenaikan paling tinggi tahun ini iaitu sebanyak 1350.3% dan diikuti oleh kaunter LKL International Berhad yang terkenal dengan pembekal katil hospital dengan peningkatakan sebanyak 685.19%. Seterusnya kita ada Top Glove Corporation Berhad (475.75%), Hartalega Holding Berhad (220.44%) dan lain-lain lagi seperti Duopharma Biotech Berhad (155.63%) dan Pharmaniaga Berhad (151.94%).

Secara kasarnya, sektor teknologi kesihatan ini didemonstrasikan oleh syarikat-syarikat pembuatan sarung tangan, syarikat pembekal keperluan hospital dan juga syarikat farmaseutikal.

Kaunter-Kaunter Penyumbang Kepada Sektor Pengeluar

Sumber: Trading View

Sektor kedua terhangat adalah sektor pengeluar yang menajadi kepada penyumbang utama ni terdiri daripada syarikat yang mempunyai pelbagai latar belakang seperti semikonduktor, pembungkusan dan lain-lain lagi. Syarikat Euro Holdings Berhad mencatakan kenaikan sebanyak 1021.2% diikuti oleh syarikat Asia Poly Holdings Berhad dengan kenaikan sebanyak 675.0% dan Ho Wai Genting Berhad dengan kenaikan sebanyak 580.95%.

Kaunter-Kaunter Penyumbang Kepada Sektor Teknologi Elektornik

Sumber: Trading View

Untuk sektor teknologi elektronik ini pula, syarikat yang mencatatkan kenaikan tertinggi adalah Focus Dynamics Group Berhad sebanyak 408.91% dan diikuti oleh syarikat Aemulus Holding Berhad dengan peningkatan sebanyak 193.33%. Syarikat yang lain adalah seperti JF Techonology Berhad dengan kenaikan sebanyak 152.6%, Parlo Berhad (137%.93) dan PNE PCB Berhad (108.08%).

Rumusan

Secara keseluruhannya, sektor kesihatan merupakan sektor yang paling hangat buat ketika ini dan diikuti oleh sektor pengeluaran dan sektor teknologi.Sebagai seorang pelabur, kita boleh utamakan saham-saham yang berada di dalam sektor-sektor ini dalam kajian anda.

Di dalam sektor-sektor ini juga kita boleh kelaskan saham syarikat yang mendahului (leaders) dan juga saham syarikat yang mengikuti (laggards) bagi membuat pemilihan kaunter yang berpotensi.

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share506ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In