Sebagai seorang pelabur, kita perlu tahu tentang sektor-sektor dan industri yang ada dalam dunia pasaran saham. Ini adalah untuk membantu pelabur dalam membuat kajian saham yang betul mengikut perkembangan semasa. Pelabur perlu peka terhadap keadaan ekonomi yang sedang berlaku dan pandai untuk membuat kajian saham mengikut sektor yang betul.
Seperti krisis pandemik Covid-19 yang melumpuhkan ekonomi dunia ini, kebanyakkan sektor menerima impak negatif, namun ada sektor yang menerima kesan positif seperti sektor sarung tangan dan penjagaan kesihatan (healthcare) khususnya.
Oleh itu, amat penting untuk kita tahu mengenai jenis-jenis sektor dan industri yang ada di dalam pasaran saham agar dapat mengambil kesempatan di dalam kesempitan keadaan.
Di Bursa Malaysia sendiri, terdapat 11 sektor yang berlainan. Di dalam kesemua sektor-sektor ini juga, terdapat sub-sektor yang lebih terperinci. Di antara sektor yang ada adalah seperti sektor hartanah, perladangan, teknologi, tenaga dan banyak lagi.
Mari kita lihat sektor-sektor yang ada di Bursa Malaysia.
1. Sektor Pembinaan

Berikut adalah merupakan contoh-contoh kaunter di dalam sektor pembinaan yang didagangkan di Bursa Malaysia. Sektor ini biasanya akan menjadi perhatian apabila ekonomi berada dalam keadaan yang baik. Ini kerana apabila ekonomi baik, pembangunan negara akan berjalan dengan pesat dan banyak projek-projek infrastruktur yang akan dijalankan.
2. Sektor Pengguna Dan Servis

Bagi sektor pengguna dan servis ini pula, terdapat sub-sektor yang membahagikan sektor ini kepada kumpulan kecil dengan lebih terperinci seperti sub-sektor automotif, makanan dan minuman, barangan peribadi dan lain-lain lagi.

Di antara contoh-contoh kaunter yang tersenarai di dalam sektor ini adalah seperti di atas.
Sektor ini secara kasarnya tidak terkesan dengan perubahan keadaan ekonomi kerana sektor ini adalah merupakan keperluan seperti makanan dan minuman, barangan peribadi dan lain-lain. Namun jika diperincikan seperti sektor perhotelan, pelancongan dan percutian, sektor ini adalah yang terkesan teruk dengan kegawatan ekonomi.
3. Sektor Tenaga

Sektor tenaga pula secara kasarnya didominasi oleh industri minyak dan gas. Kaunter-kaunter yang tersenarai juga kebanyakannya mempunyai kaitan dengan perindustrian minyak. Oleh itu, perubahan sektor tenaga ini boleh dikatakan mengikut perubahan permintaan minyak mentah dunia itu sendiri. Baru-baru ini, industri minyak dan gas menerima kesan yang sangat buruk akibat daripada sekatan perjalanan yang dilaksanakan di seluruh dunia.
4. Sektor Kewangan

Sektor kewangan boleh dikatakan sektor yang agak stabil berbanding dengan sektor lain. Sektor ini biasanya terdiri daripada kaunter-kaunter cip biru (blue chip) yang didagangkan di Bursa Malaysia. Sektor ini selalunya sangat sensitif dengan stimulus ekonomi yang dibentangkan oleh kerajaan. Sektor ini juga merupakan sektor yang penting dalam sesebuah negara.
5. Kesihatan

Sektor kesihatan ini boleh dikatakan sektor yang kebal daripada kemelesetan ekonomi kerana sektor ini adalah menjadi keperluan orang ramai. Seseorang tidak dapat memilih waktu untuk sakit, baik keadaan ekonomi berada pada kemuncaknya atau sedang merudum. Sub-sektor yang ada adalah seperti peralatan dan keperluan kesihatan, penyediaan barang-barang kesihatan dan farmaseutikal.
6. Sektor Produk Industri Dan Perkhidmatan

Sektor ini adalah di antara sektor yang sentitif terhadap keadaan ekonomi. Sektor ini akan menyerlah jika keadaan ekonomi berada dalam keadaan yang sangat baik. Sektor ini merupakan di antara sektor yang terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang kerada permintaannya yang bergantung kepada keadaan ekonomi itu sediri.
7. Sektor Teknologi

Sektor teknologi dikatakan sektor yang bakal mewarnai pasaran saham di seluruh dunia sebaik sahaja wabak Covid-19 ini berlalu. Sektor ini terdiri daripada sub-sektor seperti perkhidmatan digital, semikonduktor, perisian dan peralatan teknologi. Dalam dunia digital hari ini, sektor ini boleh dianggap sebagai sektor yang bakal menerima manfaat yang sangat besar sedikit masa lagi. Para pelabur dan penganalisa mengjangkakan industri teknologi ini akan menyinar pada masa depan.

Sektor-sektor yang lain seperti sektor hartanah, perladangan, pengangkutan dan lain-lain lagi yang boleh dikatakan mempunyai perwatakan yang sama, di mana pada kebiasaannya ia amat bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah negara.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)