• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Permintaaan Sarung Tangan Getah Kekal Tinggi: MIDF

in Berita
A A
Aliran Meningkat Dijangka Untuk Kaunter Sarung Tangan

Sumber Gambar : Top Glove

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) — Permintaan untuk sarung tangan getah perubatan akan terus melonjak tahun depan memandangkan tiada lagi tanda-tanda menunjukkan kes baharu setiap hari COVID-19 seluruh dunia berkurangan, kata MIDF Research yang telah menaikkan saranannya terhadap sektor sarung tangan kepada “positif” daripada “neutral” sebelum ini.

Firma penyelidikan itu ujian secara massa dijangka diteruskan dalam usaha mengekang penularan pandemik itu dan ini pastinya meningkatkan penggunaan sarung tangan perubatan.

“Sarung tangan juga digunakan sebagai alat pelindung dan pencegahan. Jadi, kami menjangkakan harga jualan purata akan kekal tinggi dalam tahun kewangan 2021 berdasarkan kepada senario ketersediaan vaksin pada pertengahan 2021,” katanya dalam satu nota hari ini.

Ia menambah pengurusan vaksin turut memerlukan penggunaan sarung tangan.

MIDF berkata bilangan kes baharu COVID-19 telah melepasi 400,000 seluruh dunia dan lonjakan dalam jumlah kes menunjukkan lengkungan itu belum dapt diratakan lagi dan ini berlaku kerana kebanyakan ekonomi membuka semula ekonomi selepas sekatan pergerakan yang ketat.

Jumlah kes baharu setiap hari mungkin berterusan tinggi kerana ekonomi tidak mampu mengharungi satu lagi sekatan pergerakan sepenuhnya.

Firma penyelidikan itu juga percaya permintaan untuk sarung tangan getah akan kekal tinggi sehingga memasuki tahun 2022 ekoran pertumbuhan organik industri berkenaan, diikuti dengan kesedaran terhadap tahap kebersihan yang lebih tinggi.

“Sejak pandemik, permintaan untuk sarung tangan getah dijangka meningkat melebihi 20 peratus daripada 10 peratus sebelumnya,” kata MIDF.

Ia turut menyaksikan potensi kenaikan wajaran kaunter sarung tangan di FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) serta maklum bahawa permodalan pasaran Supermax Corp Bhd dan Kossan Rubber Industries Bhd kekal melepasi paras RM20 bilion.

Jumlah dagangan juga semakin baik, kata MIDF sambil menambah purata 60 hari untuk Kossan ialah 17.06 juta dan Supermax 51.5 juta.

“Sehubungan itu, kedua-dua kaunter mungkin akan dimasukkan ke dalam saham komponen FBM KLCI pada semakan FTSE akan datang iaitu pada Disember depan.

“Sekiranya kedua-dua kaunter ini dimasukkan, wajaran bagi kaunter sarung tangan di FBM KLCI mungkin boleh meningkat kepada 30-40 peratus daripada 15 peratus berdasarkan kepada permodalan pasaran terkini empat syarikat sarung tangan utama yang disenaraikan di Bursa,” katanya.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share226ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

10 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In