• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Hong Seng Beli 51% Kepentingan Dalam Pantasniaga

in Catalyst
A A
Hong Seng, RPIB Bekerjasama Dapatkan Ubat Dan Vaksin Covid-19

Sumber Gambar : Facebook Hong Seng Group

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) — Hong Seng Consolidated Bhd (sebelum ini dikenali MSCM Holdings Bhd) telah membeli 51 peratus kepentingan dalam Pantasniaga Sdn Bhd, pembekal kit ujian ‘polymerase chain reaction’ (PCR) COVID-19 dengan kepakaran dan berpengalaman membangunkan makmal ujian sampel virus berkenaan.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata Pantasniaga baru-baru ini telah mendapat surat tawaran sebagai pembekal kit ujian COVID-19 untuk kerajaan dan/atau agensi berkaitannya.

Menurutnya, anak syarikat milik penuhnya, HS Bio Supplies Sdn Bhd telah memeterai satu perjanjian hari ini bagi pembelian kepentingan saham dalam Pantasniaga.

Pantasniaga yang mempunyai aset sebanyak RM41.66 juta pada 2019, telah mencatat kerugian selepas cukai sebanyak RM55.76 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac tahun lepas.

Sementara itu dalam satu kenyataan media, Pengarah Eksekutif Hong Seng merangkap Pengarah HS Bio Kenny Khow berkata Pantasniaga telah menjalankan beberapa kontrak pembekalan bagi agensi kerajaan Malaysia.

Beliau berkata Pantasniaga telah menerima surat tawaran dan memperoleh kontrak bekalan bernilai kira-kira RM25 juta daripada sebuah agensi kerajaan Malaysia dalam usaha menangani keadaan di Sabah

Pada masa sama, katanya, kumpulan itu akan terus berurusan dengan agensi-agensi kerajaan dalam usaha mendapatkan bekalan atau membina makmal ujian sebagai melengkapi kit ujian PCR yang telah diluluskan dan didaftarkan dengan pihak berkuasa negara ini.

Hong Seng, penyedia penyelesaian pemasaran dan teknologi maklumat, telah mempelbagaikan usaha dengan menceburi bidang pengeluaran dan perdagangan sarung tangan serta peralatan perlindungan diri pada awal tahun ini.

Menurut syarikat itu,  sejajar dengan usaha dalam penjagaan kesihatan secara menyeluruh, HS Bio juga telah bekerjasama dengan eMedAsia Sdn Bhd bagi pendigitalan penjagaan kesihatan swasta.

“Syarikat ini juga dalam proses menjadi pengedar makanan tambahan serta vaksin COVID-19 dari China menerusi perjanjian konsortium dengan Royce Pharma iaitu antara firma farmaseutikal terkemuka di Malaysia,” katanya.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share373ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In