• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Dalam Zon Negatif, KLCI Di Bawah Paras 1,500

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi ini lebih rendah dan berada dalam zon negatif di celah-celah sentimen berhati-hati berikutan ketidakpastian politik semasa di dalam negara.

Sementara di pasaran luaran pula, para pelabur mengharapkan lebih banyak berita positif daripada perkembangan rangsangan fiskal AS yang mereka percaya boleh menyediakan pemangkin baharu kepada pasaran.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 11.54 mata atau 0.76 peratus kepada 1,499.43 daripada 1,510.97 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks utama dibuka 1.07 mata lebih tinggi pada 1,512.04 dan bergerak antara 1,496.00 dan 1,513.20 sepanjang sesi urus niaga pagi.

Di papan skor, kaunter rugi mengatasi untung dengan 705 berbalas 297 manakala 392 kaunter tidak berubah, 773 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 5.70 bilion unit bernilai RM3.65 bilion.

Dalam kalangan kaunter berkaitan indeks, 12 saham berada dalam kerugian, diketuai oleh sektor penjagaan kesihatan dengan Top Glove yang merosot 48 sen kepada RM9 dan Hartalega jatuh 82 sen kepada RM18.22.

Ini menurut penganalisis disebabkan oleh kegiatan pengambilan untung selepas sektor itu mencatatkan kenaikan.

MIDF Research dalam nota berasingannya pula hari ini menaikkan saranan sektor sarung tangan getah kepada positif daripada neutral kerana ia berpandangan sektor ini akan terus rancak dalam tempoh jangka panjang di celah-celah peningkatan kes baharu COVID-19 setiap hari di seluruh dunia.

“Kami menjangkakan harga jualan purata akan kekal tinggi sehingga ke tahun 2021 berdasarkan kepada senario ketersediaan vaksin pada pertengahan 2021,” katanya.

Sementara itu, lima kaunter tidak berubah —  Genting, Petronas Gas, Tenaga, Hong Leong Bank dan CIMB Group sementara 13 kaunter lebih tinggi, diketuai oleh MISC, KLCC Prop & Reits dan IOI Corp.

Dalam perkembangan lain, Jabatan Perangkaan hari ini mengumumkan Indeks Harga Pengguna Malaysia susut 1.4 peratus tahun ke tahun kepada 120.1 pada September 2020 berbanding 121.8 pada bulan yang sama tahun lalu.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM7.19, Petronas Chemicals meningkat tujuh sen kepada RM5.96 dan Public Bank susut enam sen kepada RM15.74.

Saham paling cergas pula, Luster dan Mah Sing, menyaksikan saham mereka masing-masing turun 3.5 sen dan tujuh sen kepada 19 sen dan RM1.11, sementara AT Systematization tidak berubah pada sembilan sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 93.87 mata kepada 10,891.77, Indeks FBM Emas Shariah menyusut 158.56 mata kepada 13,057.95, dan Indeks FBMT 100 turun 90.32 mata kepada 10,686.16.

FBM 70 jatuh 153.08 mata kepada 14,411.10 dan FBM ACE susut 124.71 mata kepada 10,868.02.

Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 5.04 mata kepada 12,417.17 tetapi Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.68 mata kepada 145.90 dan Indeks Perladangan menyusut 31.57 mata kepada 6,863.09.

– BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share234ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In