Tahun 2020 merupakan tahun yang agak mengejutkan bagi semua orang kerana seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19 yang menyebabkan ekonomi dunia merosot dengan teruk, banyak perniagaan terbantut dan ramai yang kehilangan pekerjaan. Pergerakan pasaran saham seluruh dunia merudum dan kini berada dalam keadaan tidak menentu kerana emosi pelabur berkait rapat dengan keadaan semasa.
Namun begitu, masih terdapat saham-saham yang membuat keuntungan yang baik bagi yang mereka bijak mengambil peluang. Di sini kami kongsikan senarai 10 saham terbaik di S&P 500 dari Tarikh 1 Januari 2020 sehingga 1 Oktober 2020.

Sumber: Nerd Wallet (Data adalah setakat 1 Oktober 2020)
1. ETSY INC (ETSY)

Etsy menyediakan platform e-dagang dalam talian kepada penggiat seni dan kraf, barang vintaj dan barang unik lain untuk menjual produk mereka. Berdasarkan data yang diperoleh dari laman web ETSY, ada seramai 3.1 juta penjual aktif dan 60.3 juta pembeli yang aktif menggunakan platform e-dagang ini.
Sejak pegawai kesihatan awam mendorong rakyat Amerika untuk memakai topeng muka fabrik, ia menjadi peluang kepada Etsy untuk menjana pendapatan. Syarikat itu menyaksikan peningkatan permintaan topeng muka buatan tangan. Kesannya?
Etsy telah berjaya menjual pelitup muka fabrik bernilai kira-kira USD133 juta dan daripada nilai tersebut, kira-kira USD 12 juta adalah jualan pada bulan April sahaja.
Analisa Fundamental Saham ETSY

Modal pasaran ETSY adalah sebanyak USD17.5 bilion. Untuk 6 bulan pertama yang berakhir 30 Jun 2020, hasil jualan ETSY Inc meningkat 87% kepada USD656.8 juta. Keuntungan bersih adalah sebanyak USD463 Juta. Setakat laporan kewangan terakhir yang dikeluarkan ETSY, mereka mempunyai wang tunai sebanyak USD234.23 Juta.
Analisa Teknikal Saham ETSY

Melihat pada carta, ETSY masih berada dalam aliran uptrend sejak kejatuhan saham pada bulan Mac yang lalu. Betapa mudahnya saham apabila kita melengkapkan diri kita dengan ilmu teknik membeli saham seperti teknik breakout. Jika dilihat kepada carta, saham ini telah beberapa kali melakukan breakout. Bayangkan jika kita beli pada breakout pertama, kini sudah mendapat pulangan lebih daripada 100%.
Adakah saham ini boleh pergi lagi? Melihat kepada carta, saham ini masih melakukan uptrend dan belum ada tanda-tanda reversal lagi. Maka selagi tiada sell signal, saham ini masih boleh diperhatikan.
2. NVIDIA CORPORATION (NVIDIA)

Nvidia lebih dikenali sebagai syarikat membuat hardware dan software grafik untuk komputer. Jika kita tengok pada kebanyakan laptop atau komputer yang dijual, akan ada lambang syarikat Nvidia.
Nvidia Corporation memberi tumpuan kepada grafik komputer peribadi (PC), unit pemprosesan grafik (GPU) dan juga Artificial Intelligence (AI).
Analisa Fundamental Saham NVIDIA

Untuk 26 minggu pertama tahun 2020 yang berakhir pada 26 Julai 2020, NVIDIA Corporation menyaksikan hasil jualan meningkat sebanyak 45% kepada USD6.95 bilion. Pecahan hasil jualan daripada nilai tersebut menyaksikan segmen grafik menyumbang sebanyak USD3.99 bilion manakala segmen pengkomputeran dan rangkaian menyumbang sebanyak USD2.96 bilion.
Pendapatan bersih meningkat sebanyak 63% kepada USD1.54 bilion.
Analisa Teknikal Saham NVIDIA

Kaunter Nvidia mempunyai ciri-ciri yang mirip dengan kaunter yang dikaji sebelum ini iaitu ETSY. Setelah breakout yang pertama iaitu pada bulan Mei, kaunter ini terus melakukan uptrend. Setiap kali breakout saham ini akan membuat pullback yang sihat dan kemudian barulah breakout lagi. Sepanjang tempoh ini tiada sell signal dan bagi pelabur yang mempunyai holding power yang kuat, sudah pasti dapat memaksimakan keuntungan. Pengajarannya di sini selagi tiada sell signal selagi itu kita boleh memegang kaunter tersebut.
Pada 2 September 2020, barulah terdapat bearish reversal candlestick muncul pada carta iaitu candlestick ‘Hanging Man’. Daripada analisis yang dibuat, terdapat jualan yang kuat pada hari tersebut kerana ianya merupakan Tarikh ex-date untuk melayakkan pelabur NVIDIA mendapat dividen adalah pada hari sebelumnya iaitu 1 September 2020. Apabila pelabur telah layak mendapat dividen, akan ada pelabur yang memilih untuk menjual pegangan mereka dan mengambil untung (profit taking). Persoalannya, adakah NVIDIA boleh dibeli? Seeloknya tunggu kaunter ini breakout pada paras resistancenya terlebih dahulu.
3. AMAZON.COM INC (AMZN)
Tahukah anda Amazon dahulunya dikenali sebagai Cadabra? Namun pada hari ini, siapa yang tidak mengenali Amazon. Diasaskan oleh Jeff Bezos pada tahun 1995, Amazon bermula dengan menjual buku dari garaj rumah Bezos. Amazon hanya membuka kedai buku fizikalnya pada tahun 2015. Amazon kini merupakan salah satu penyedia platform e-dagang terbesar di dunia.
Amazon dianggap sebagai salah sebuah syarikat Big Four dalam industri teknologi maklumat bersama-sama dengan syarikat Facebook, Apple dan Google.
Analisa Fundamental Saham Amazon

Setakat enam bulan pertama tahun 2020 yang berakhir 30 Jun 2020, hasil jualan Amazon.com Inc meningkat 34% kepada USD164.36 bilion. Pendapatan bersih Amazon pula menyaksikan Amazon telah meraih sebanyak USD7.78 bilion.
Amazon dilihat mendapat tempias daripada lockdown yang dilaksanakan kebanyakan negara. Ini kerana apabila orang ramai mula bekerja dari rumah, kita akan menghabiskan banyak masa di rumah. Pusat gedung membeli-belah ditutup maka orang ramai akan lebih cenderung membeli barangan di atas talian. Perkara ini sememangnya merancakkan jualan Amazon dan meningkatkan keuntungan syarikat tersebut.
Analisa Teknikal Saham Amazon

Seperti juga saham-saham gergasi yang lain, saham Amazon telah jatuh pada bulan Mac yang lalu kesan daripada panic selling yang berlaku di pasaran saham Amerika Syarikat. Bukan hanya pasaran saham Amerika Syarikat yang jatuh teruk, tetapi pasaran di seluruh dunia juga merudum.
Namun, Amazon hanya memerlukan tempoh sebulan untuk naik semula daripada kejatuhan tersebut. Setelah itu, Amazon dengan gahnya melakukan uptrend selama beberapa bulan.
Amazon berjaya membuat All-Time High pada breakout yang pertama dan setiap kali breakout, harganya adalah All-Time High yang baru. Secara keseluruhannya, Amazon masih berada dalam fasa uptrend. Sekiranya sedang mencari entry terbaik bagi saham ini, adalah seeloknya kita tunggu sehingga ia berjaya memecahkan paras resistance terlebih dahulu dan membuat breakout.
Dapat juga kita gandakan wang dengan lebih cepat dengan nilai mata wang yang berganda.
Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.
Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?
Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%
Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satu unit je.
Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?
Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:
- Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
- Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
- Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
- 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
- 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street
Eh, banyak lagi lah.
Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.
Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?
Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!
Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street




