fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

MAHB Pasang Peralatan Keselamatan Terkini Di 19 Lapangan Terbang

in Catalyst
A A
MAHB Pasang Peralatan Keselamatan Terkini Di 19 Lapangan Terbang

Sumber Gambar : The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) — Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sedang memasang pengimbas haba terkini dan lebih banyak pengawal bersin di 19 lapangan terbang di seluruh negara sebagai usaha berterusannya dalam membebaskan lapangan terbang daripada ancaman COVID-19.

Pengendali lapangan terbang itu berkata sejumlah 23 pengimbas haba baharu dan 600 unit pengawal bersin akan dipasang di semua 19 lapangan terbang miliknya.

“Dua belas lapangan terbang, selain Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA atau KUL mengikut kod Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa) telah selesai pemasangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, 12 lapangan terbang itu ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Subang, Lapangan Terbang Terengganu, Lapangan Terbang Tawau, Lapangan Terbang Labuan, Lapangan Terbang Alor Setar, Lapangan Terbang Sandakan, Lapangan Terbang Kota Bharu dan Lapangan Terbang Miri.

Sejumlah tujuh lapangan terbang lagi sedang menjalani pemasangan termasuk Lapangan Terbang Ipoh, Lapangan Terbang Kuantan, Lapangan Terbang Melaka, Lapangan Terbang Bintulu, Lapangan Terbang Limbang, Lapangan Terbang Sibu dan Lapangan Terbang Lahad Datu. Ia dijadualkan siap pada hujung bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata sejak bermulanya pandemik itu, MAHB tidak berhenti meneroka cara dan kaedah bagi membantu mengurangkan risiko COVID-19.

“Kumpulan menganggap ini sebagai sebahagian daripada kewajipan MAHB untuk membantu memastikan negara kita selamat. Kami telah bekerjasama rapat dengan Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi lain yang berkaitan, terutamanya melalui jawatankuasa bersama dalam jawatankuasa KUL COVID.

“Kami merintis penyelesaian teknologi terkini di KUL terlebih dahulu sebelum memperkenalkannya di lapangan terbang lain disebabkan KUL menjadi hab majoriti penumpang kami,” katanya.

Mohd Shukrie berkata, MAHB terus komited dalam mengekalkan tahap keselamatan tertinggi tanpa menjejaskan tahap perkhidmatan memandangkan reputasi KUL sebagai antara lapangan terbang terbaik dunia.

“Adalah penting bahawa untuk kami menyesuaikan normal baharu dalam perjalanan udara sambil memberikan pengalaman lapangan terbang yang lancar kepada penumpang kami,” katanya lagi.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share258ShareSend

Related Posts

AAB Akan Bayar RM8 Juta Kepada AAX Bagi Perjanjian Pajakan Tambahan Pesawat
Catalyst

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

12 hours ago
Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas
Catalyst

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

13 hours ago
Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih S1 Lebih Rendah Kepada RM30.37 Juta
Catalyst

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

18 hours ago
MYEG Bersedia Jadi Peneraju Serantau Pembangunan Ekosistem Metaverse
Catalyst

Untung Bersih Suku Pertama MyEG Naik Kepada RM181.64 Juta

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In