fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

FELDA Belum Lagi Menghubungi FGV Mengenai LLA

in Catalyst
A A
FGV Komited Dukung Standard Tenaga Kerja, Kecewa Tindakan AS

Sumber Gambar : FGV

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

Petronas Meterai PSC Baharu Untuk Medan Gas Blok I Di Turkmenistan

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) — Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) masih lagi belum menghubungi FGV Holdings Bhd bagi memulakan rundingan mengenai Perjanjian Pajakan Tanah (LLA).

FGV dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata di bawah terma perjanjian, penamatan LLA itu dibolehkan. 

“Sekiranya Felda mengeluarkan notis mengenai perkara ini, FGV akan mengikut prosedur yang digariskan dalam LLA. 

“Aset yang terlibat dalam LLA membabitkan estet-estet tetapi tidak termasuk kilang sawit FGV,” katanya. 

Jika Felda ingin membeli kilang sawit FGV, ia sepatutnya dibuat berdasarkan ‘kerelaan pembeli serta penjual” dan mengikut nilai pasaran semasa yang memerlukan kelulusan pemegang saham melalui mesyuarat agung luar biasa.

Peneraju minyak sawit itu juga berkata syarikat berkenaan ingin menawarkan penjelasan berhubung kenyataan yang dibuat oleh Felda, yang menyatakan bahawa sebelum tawaran awam permulaan (IPO) pada 2012, Felda mempunyai keuntungan melebihi RM1 bilion dan selepas kewujudan FGV sebagai syarikat senaraian awam, Felda mengalami kerugian setiap tahun dan jumlah hutangnya meningkat. 

“Apabila LLA ditandatangani pada 2011, harga minyak sawit mentah adalah sekitar RM3,000 setan dan unjuran pendapatan Felda (melalui LLA) berpaut pada harga RM2,800 setan.

“Harga MSM memainkan peranan paling penting dalam menentukan keuntungan atau kerugian syarikat. Selepas IPO pada 2012, pembayaran FGV kepada Felda tidak memenuhi unjuran Felda disebabkan oleh penurunan harga MSM,” katanya. 

Tambahnya, perbelanjaan penanaman semula bagi kawasan 15,000 hektar itu mencecah sehingga RM300 juta setahun dan selain ini, kos pembajaan termasuk pemulihan memakan belanja RM300 juta secara tahunan. 

“IPO FGV sering didakwa sebagai punca kegagalan dan kejatuhan Felda. Isu sebenar adalah penggunaan pendapatan daripada IPO, dan bukan IPO itu sendiri. Felda telah memperolehi RM5.7 bilion daripada IPO manakala FGV mendapat RM4.5 bilion.

“FGV tidak boleh mengulas bagaimana Felda menggunakan hasil daripada IPO. Malangnya untuk FGV, sebahagian daripada hasil kutipan ini tidak dilaburkan dengan baik. Sehingga akhir 2018, FGV telah membuat kemerosotan besar berjumlah RM780 juta bagi pelaburan baharu tersebut,” katanya. 

Sehingga sekarang, tanggungjawab FGV terhadap Felda (menurut LLA) yang berjumlah RM248 juta setahun telah dipenuhi sepenuhnya. FGV telah membayar lebih RM2.5 bilion kepada Felda mulai 2012 hingga 2019.

Sebelum ini, dilaporkan Felda berhasrat untuk menuntut semula kira-kira 350,000 hektar yang telah dipajakkan kepada FGV sebagai cara bagi memulihkan kedudukan kewangannya. 

Pengerusinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata perkara itu sudah dipersetujui lembaga pengarah dan syarikat itu kini sedang menunggu arahan kerajaan sebelum rundingan boleh dimulakan dengan FGV.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share254ShareSend

Related Posts

Untung Bersih Suku Ketiga Dialog Susut Kepada RM133.07 Juta
Catalyst

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

2 hours ago
Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

1 day ago
Petronas Mulakan Perniagaan LNG Di Pelabuhan Pasir Gudang
Catalyst

Petronas Meterai PSC Baharu Untuk Medan Gas Blok I Di Turkmenistan

1 day ago
Keuntungan Bersih Suku Pertama 2024 Westports Meningkat Kepada RM204.51 Juta
Catalyst

Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025

7 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In