• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki pasaran Amerika Syarikat (AS) semalaman, yang ditutup rendah berikutan ketidaktentuan mengenai pelan rangsangan susulan tarikh pilihan raya presiden AS yang semakin hampir.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.45 mata kepada 1,517.66 daripada 1,518.11 semasa ditutup pada Isnin.

Barometer pasaran dibuka tinggi 0.39 mata kepada 1,518.50.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 226 berbanding 177, manakala 320 kaunter tidak berubah, 1,428 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 722.39 juta unit bernilai RM302.99 juta.

Pasaran saham AS ditutup rendah pada Isnin dengan Dow Jones merosot 1.44 peratus kepada 28,195.42, S&P susut 1.63 peratus kepada 3,426.92 dan Nasdaq berkurangan 1.65 peratus kepada 11,478.88.

Bagaimanapun, seorang penganalisis berkata dengan data ekonomi China yang kukuh yang dikeluarkan semalam, pasaran saham Asia, termasuk Bursa Malaysia akan dapat menjejaki momentum yang kukuh.

“Ini terutamanya apabila bursa tempatan kembali dengan penyertaan pelabur runcit berikutan mereka  bekerja dari rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China pada suku ketiga menyaksikan pertumbuhan sebanyak 4.9 peratus, didorong oleh eksport ke negara-negara yang masih bergelut dengan COVID-19.

Sementara itu, Rakuten Trade menjangka minat belian yang berterusan dalam pasaran lebih luas hari ini berikutan jumlah dagangan yang terus meningkat.

“Saham berkaitan sarung tangan, pelitup muka dan penjagaan kesihatan masih menjadi tumpuan berikutan jangkitan COVID-19 yang terus meningkat dan lebih ramai orang bekerja dari rumah. Oleh itu, kami menyokong pelabur memasuki pasaran dan mengenal pasti trend,” katanya dalam nota hari ini.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank naik tujuh sen kepada RM7.27, Sime Darby menambah lima sen kepada RM2.45, serta Axiata dan IHH, masing-masing meningkat dua sen kepada RM2.74 dan RM4.98.

Kaunter paling aktif diterajui oleh Luster dan Mah Sing, yang telah menyatakan minat mereka untuk menyertai aktiviti sarung tangan getah.

Luster naik 3.5 sen kepada 26 sen dan Mah Sing meningkat 12 sen kepada RM1.36.

AT Systematization menambah setengah sen kepada 10.5 sen dan Aneka Jaringan susut 1.5 sen kepada 31.5 sen.

Kaunter paling untung termasuklah Scientex, naik 16 sen kepada RM12.56, manakala Salcon dan Yinson, masing-masing menambah sembilan sen kepada 44 sen dan RM4.91.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 6.21 mata kepada 11,031.77, Indeks FBMT 100 merosot 8.93 mata kepada 10,820.00 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 25.39 mata kepada 13,264.20.

FBM 70 susut 34.29 mata kepada 14,606.51 dan FBM ACE jatuh 34.02 mata kepada 11,137.74.

Indeks Perkhidmatan Kewangan, bagaimanapun, naik 32.93 mata kepada 12,478.17, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.12 mata kepada 146.63, bagaimanapun Indeks Perladangan susut 20.47 mata kepada 6,897.05.

 — BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In