• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) — Kegiatan pengambilan untung dalam kalangan pelabur menyaksikan Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih rendah hari ini.

Trend ini berlaku dalam situasi sentimen pasaran yang berhati-hati ketika Senat AS merancang untuk mengundi bagi pakej bantuan bernilai AS$500 bilion minggu ini.

Bagaimanapun, kerugian di bursa tempatan dihadkan oleh kegiatan membeli dalam kalangan saham berharga murah.

Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.52 mata atau 0.10 peratus kepada 1,516.59 daripada 1,518.11 ketika ditutup semalam.

Indeks utama dibuka 0.39 mata lebih tinggi pada 1,518.50 dan bergerak antara 1,514.10 dan 1,520.97 sepanjang sesi dagangan pagi ini.

Di papan skor, kaunter rugi mengatasi rugi 566 berbalas 383 sementara 411 kaunter tidak berubah, 791 tidak diniagakan dan 22 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 6.50 bilion unit bernilai RM3.22 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam notanya berkata data ekonomi China yang positif boleh bertindak sebagai petunjuk utama pemulihan ekonomi global sekiranya COVID-19 dapat dibendung dalam jangka masa akan datang.

Semalam, China mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiganya yang menyaksikan ekonomi mencatatkan pertumbuhan 4.9 peratus (dirangsang oleh eksport), angka yang lebih positif berbanding suku pertama apabila KDNK China menguncup 6.8 peratus.

“Saham berharga rendah dijangka disokong oleh kegiatan belian sokongan hari ini dan untuk fokus sektor, kami terus berpihak kepada sektor penjagaan kesihatan.

“Sementara itu, peserta berkaitan automotif mungkin menyaksikan sedikit pemulihan dalam urus niaga dengan mengambil petunjuk daripada peningkatan 26.4 peratus jualan kenderaan bulan ke bulan kepada 44,666 unit pada September, 2020,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank menambah empat sen kepada RM7.24, Public Bank naik lapan sen kepada RM15.92 sementara Top Glove turun tiga sen kepada RM9.57 dan Hartalega tidak berubah pada RM19.

Kaunter paling cergas, Lambo tidak berubah pada 3.5 sen, Luster dan Mah Sing masing-masing mencatat kenaikan 3.5 sen dan 12 sen kepada 26 sen dan RM1.36.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 10.08 mata kepada 11,027.90, Indeks FBM Emas Shariah jatuh 24.35 mata kepada 13,265.24, dan Indeks FBMT 100 turun 15.55 mata kepada 10,813.38.

FBM 70 menyusut 39.04 mata kepada 14,601.76 dan FBM ACE menguncup 77.64 mata kepada 11,094.11.

Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 10.11 mata kepada 12,455.35, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.48 mata kepada 146.99 tetapi Indeks Perladangan menyusut 25.15 mata kepada 6,892.37.

– BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In