• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Ditutup Rendah Dengan Jumlah Dagangan Tertinggi Dicatatkan

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 20 Okt  (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi di kebanyakan bursa serantau dengan para pelabur terus memantau perkembangan langkah-langkah rangsangan Amerika Syarikat.

Perundingan mengenai pakej bantuan COVID-19 AS dijadual diteruskan lagi hari ini dengan Speaker Dewan Nancy Pelosi dan Setiausaha PerbendaharaanSteven Mnuchin berusaha mengecilkan jurang perbezaan masing-masing terhadap pakej rangsangan itu dengan harapan dapat mencapai kesepakatan dan seterusnya meluluskan rang undang-undang sebelum pilihan raya presiden pada 3 Nov.

Sementara di pasaran domestik, ketidakpastian menyebabkan para pelabur terus menjual ekuiti Malaysia, kata seorang penganalisis.

“Bagaimanapun, belian institusi telah menyokong kaunter berkaitan indeks dan berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pelabur runcit kembali memberi sokongan kepada kaunter berharga murah,” kata beliau.

PKPB di Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya bermula 14 Okt sehingga 27 Okt manakala di Sabah dari 13-26 Okt.

Pada pukul 5 petang, indeks petunjuk utama ditutup 7.14 mata atau 0.47 peratus lebih rendah pada 1,510.97 daripada 1,518.11 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks utama dibuka 0.39 mata lebih tinggi pada 1,518.50 dan bergerak antara 1,510.69 dan 1,520.97 sepanjang hari.

Di papan skor, kaunter rugi mengatasi untung 661 berbalas 394 manakala 449 kaunter tidak berubah, 647 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan melonjak kepada 11 billion unit bernilai RM5.82 bilion (jumlah tertinggi sejak 28 Ogos) berbanding 9.50 bilion unit bernilai RM5.43 bilion yang dicatatkan ketika penutup pada Isnin.

Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim memberitahu Bernama bahawa FBM KLCI turut diheret turun oleh Petronas Dagangan yang menyusut 5.2 peratus di celah-celah kebimbangan lonjakan kes koronovirus di seluruh dunia dan rancangan Libya untuk meningkatkan pengeluaran yang menjuruskan kepada penurunan dalam harga minyak.

Sementara itu, Indeks Bursa Penjagaan Kesihatan jatuh 1.5 peratus, paling tinggi dalam kalangan sektor walaupun terdapatnya peningkatan dalam jumlah jangkitan COVID-19.

Bagaimanapun, Adam berkata indeks teknologi Bursa meningkat 0.9 peratus.

Di pasaran serantau, Nikkei 225 Jepun jatuh 0,44 peratus kepada 23,567.04, Straits Times Singapura 0.65 peratus lebih rendah kepada 2,527.93 dan Hang Seng Hong Kong berkembang 0.11 peratus kepada 24,569,54.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun dua sen kepada RM7.18, Top Glove susut 12 sen kepada RM9.48 dan Public Bank lebih rendah sebanyak empat sen kepada RM15.80 sementara Hartalega meningkat empat sen kepada RM19.04.

Saham paling rugi termasuklah Nestle yang merosot RM2.60 kepada RM139.40, diikuti oleh Petronas Dagangan yang turun 98 sen kepada RM17.90 dan F&N merosot 46 sen kepada RM31.10.

Antara saham paling cergas, Lambo dan Luster masing-masing tidak berubah pada 3.5 sen dan 22.5 sen sementara Aneka Jaringan yang baharu disenaraikan di Pasaran Ace susut empat sen kepada 29 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menyusut 52.34 mata kepada 10,985.64, Indeks FBMT 100 jatuh 52.44 mata kepada 10,776.48 dan Indeks FBM Emas Shariah menyusut 73.08 mata kepada 13,216.51.

FBM 70 merosot 76.62 mata kepada 14,564.18 dan FBM ACE lebih lemah sebanyak 179.02 mata kepada 10,992.73.

Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 33.10 mata kepada 12,412.13, Indeks Perladangan turun 22.86 mata kepada 6,894.66, Indeks Penjagaan Kesihatan merosot 67.74 mata kepada 4,235.26 tetapi Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.07 mata kepada 146.58.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 6.61 bilion saham bernilai RM4.62 bilion daripada 4.72 bilion saham bernilai RM4.15 bilion.

Jumlah dagangan waran turun kepada 875.64 juta unit bernilai RM253.99 juta daripada 1.15 bilion unit bernilai RM337.23 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 3.54 bilion saham bernilai RM951.77 juta berbanding 3.61 bilion saham bernilai RM936.75 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 1.54 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (2.28 bilion), pembinaan (193.36 juta), teknologi (871.41 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (34.20 juta), hartanah ( 961.49 juta), perladangan (38.71 juta), REIT (7.14 juta), dana tertutup (0), tenaga (168.93 juta), penjagaan kesihatan (95.08 juta), telekomunikasi dan media (32.38 juta), pengangkutan dan logistik (74.87 juta) dan utiliti (306.38 juta).

– BERNAMA

Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In