• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, July 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

8 Perbandingan Nisbah JHM Consolidation Berhad Dengan Nisbah Industri Yang Kita Perlu Tahu

in Fundamental Analisis
A A
8 Perbandingan Nisbah JHM Consolidation Berhad Dengan Nisbah Industri Yang Kita Perlu Tahu
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Salah satu cara untuk kita menilai prestasi sesebuah syarikat adalah dengan membandingkan komponen-komponen kewangan syarikat dengan pesaingnya yang lain did alam industri yang sama atau kita boleh membuat perbandingan terus dengan industri itu sendiri. Ini kerana, industri tersebut telah merangkumi syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan yang sama dengan syarikat yang kita ingin kaji.

Untuk membandingkan prestasi di antara syarikat, penggunaan nisbah adalah kaedah yang paling baik kerana penggunaan nisbah ini akan menghapuskan diskriminasi saiz di antara syarikat. Dengan penggunaan nisbah ini, tiada masalah untuk kita membuat perbandingan di antara syarikat yang mempunyai saiz yang berbeza.

Nisbah yang kita akan gunakan juga perlu dikateogrikan kepada beberapa bahagian untuk membuat penilaian yang lebih bersasar. Di antara kategorinya adalah nisbah aktiviti (activity ratio), nisbah kecairan (liquidity ratio), nisbah kesolvenan (solvency ratio)dan juga nisbah keuntungan (profitability).

Untuk kali ini, kita akan menggunakan syarikat JHM Consolidation Berhad dan menilaikan syarikat ini berbanding industrinya dengan menggunakan maklumat nisbah yang didapati daripada investing.com.

JHM Consolidation Berhad (JHM) ( 0127)

JHM consolidation Berhad merupakan syarikat temtapan yang terlibat dalam segmen penghasilan produk elektronik. Syarikat ini tersenarai di papan ACE Bursa Malaysia dengan modal pasaran terkini yang bernilai RM964.6 juta. Syarikat ini terlibat dalam pembuatan dan penyusunan komponen seperti High Brightness Light Emitting Diode (HB LED), Direct Current (DC) micromotor component, picth connector pins dan lain-lain komponen elektronik.

Harga semasa saham syarikat ini adalah RM1.71 seunit.

Nisbah Aktiviti Syarikat

Nisbah ini digunakan untuk melihat kecekapan syarikat menguruskan aset yang dimiliki. Nisbah ini juga dikenali sebagai nisbah kecekapan operasi dan juga nisbah kemanfaatan aset syarikat. Antara nisbah aktiviti yang akan digunakan untuk kajian ini adalah nisbah Inventory Turnover, Asset Turnover dan Receivable Turnover.

1. Asset Turnover Ratio

Nisbah ini adalah untuk mengukur pendapatan syarikat yang berjaya dijana dengan aset yang dimiliki. Nisbah ini diukur mengikut industri masing-masing.Memandangkan industri pembuatan melibatkan modal yang besar, biasanya ia akan menghasilkan nisbah menghampiri nilai satu, manakala industri runcit akan menghasilkan nisbah menghampiri 10.

Nisbah ini sangat baik jika jumlahnya menghampiri jumlah nisbah industrinya. Ini kerana jika nilainya terlalu kecil, bermakna modal syarikat terikat kepada asetnya semata. Jika nilainya terlalu besar berbanding industri pula bermakna syarikat memiliki aset yang terlalu sedikit untuk mempunyai potensi menjana pendapatan.

Untuk syarikat JHM ini, kita dapat lihat bahawa nisbah Asset Turnover-nya kurang sebanyak 0.17 mata berbanding dengan nisbah industri. Perbezaanya tidak terlau ketara dan masih boleh dianggap relevan dengan industri.

2. Inventory Turnover Ratio

Nisbah ini adalah untuk mengukur kecekapan syarikat memproses bahan persediaan (inventory). Nisbah ini adalah sangat baik jika mempunyai nilai yang hampir dengan nilai nisbah industri. Jika terlalu tinggi, ini bermakna syarikat bakal menghadapi kehabisan stok untuk dijual dan akan menjejaskan hasil jualan.

Jika terlalu rendah pula, bahan persediaan syarikat dikhuatiri akan menjadi usang atau rosak.

Nilai nisbah JHM agak jauh berbeza berbanding nisbah industri. Perbezaannya adalah sebanyak 3.7 mata. Ini bermakna kemungkinan JHM mempunyai simpanan bahan persediaan yang banyak dan dikhuatiri bahan persediaan ini akan usang atau rosak. Namun, jika dilihat dengan perniagaan JHM, komponen-kompenen elektronik tidak akan rosak jika dibiarkan lama.

Namun, risiko kebakaran atau kecurian bahan persediaan ini akan memberi impak yang besar kepada syarikat sekiranya ianya berlaku.

3. Receivable Turnover Ratio

Nisbah ini menunjukkan tempoh pungutan hutang kepada penghutangnya. Nisbah yang baik adalah yang hampir dengan nisbah industri. Jika nisbah ini terlalu tinggi, ini bermakna syarikat mempunyai polisi pemberian hutang yang sangat ketat. Ini dikhuatiri akan menjejaskan jualan syarikat. Sebaliknya jika nilai ini terlalu rendah pula, polisi pemberian hutang syarikat terlalu longgar dan penghutang mengambil masa yang terlalu lama untuk melangsaikan hutang mereka.

Jika dibandingkan nisbah JHM dengan industri, nisbah reveivable turnover JHM agak rendah berbanding dengan industri. Ini menunjukkan polisi pemberian hutang JHM kepada pelanggan mereka agak longgar berbanding pesaing yang lain.

Nisbah Kecairan Syarikat

Nisbah ini pula adalah untuk melihat keupayaan syarikat untuk memenuhi tuntutannya dalam jangka masa pendek. Antara nisbah kecairan yang akan digunakan adalah Current Ratio.

1. Quick Ratio dan Current Ratio

Semakin tinggi kedua-dua nilai nisbah ini, semakin baik untuk syarikat. Jika nilai nisbah ini kurang daripada satu, ini bermakna syarikat kekurangan modal dan syarikat bakal menghadapai masalah kecairan. Jika nilai nisbah ini lebih daripada satu, bermakna syarikat tidak menghadapi masalah untuk memenuhi tuntutan jangka masa pendeknya.

Nilai nisbah JHM untuk Quick Ratio adalah 2.8 dan Current Ratio adalah 3.3. Kedua-kedua nilai ini hampir dengan nisbah industri dan lebih daripada satu. Jadi, JHM tidak mempunyai masalah untuk memenuhi tuntutan jangka masa pendeknya dan kadar kecairan syarikat adalah tinggi.

Nisbah Kesolvenan Syarikat

Nisbah ini pula bertujuan untuk melihat keupayaan syarikat untuk memenuhi tuntutannya untuk jangka masa panjang. Nisbah yang akan digunakan adalah Long Term Debt to Equity Ratio dan Total Debt to Equity Ratio.

1. Long Term Debt To Equity dan Total Debt Equity

Kedua-dua nisbah ini pula digunakan untuk melihat kebergantungan syarikat kepada pembiayaan kos tetap mereka. Semakin tinggi nilai nisbah ini, bermakna tahap kebergantungan syarikat kepada hutang adalah tinggi.

Kedua-dua nisbah JHM ini menunjukkan jumlah yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan industri. Perbezaan kedua-dua nisbah ini berbanding industri menghampiri 10 mata asas. Ini bermakna, kadar kebergantungan hutang JHM adalah sangat tinggi. Ini merupakan salah satu petanda yang kurang baik.

Nisbah Keuntungan Syarikat

Nisbah keuntungan ini adalah untuk mengukur prestasi syarikat yang berkaitan dengan pendapatan, aset, ekuiti dan modal syarikat. Antara nisbah yang akan dikaji adalah nisbah Gross Profit Margin, Return on Asset dan Return on Equity.

1. Gross Margin

Nisbah Gross Profit margin ini adalah untuk melihat perolehan kasar syarikat. Nilai ini biasanya boleh meningkat jika syarikat meningkatkan harga jualan mereka atau mengurangkan kos operasi mereka.

Untuk JHM, nilai nisbah Gross Margin-nya hampir dengan nisbah industri. Kita boleh anggap bahawa syarikat mengenakan harga yang setimpal dengan industri.

2. Return on Equity

Nisbah ini adalah untuk melihat pendapatan yang syarikat mampu jana dengan modal yang dilaburkan. Semestinya jika nilai ini lebih tinggi adalah lebih baik.

Untuk JHM, nilai ROE syarikat ini agak rendah jika hendak dibandingkan dengan industri. Syarikat ini hanya mampu menjana pendapatan sebanyak 11.15% daripada setiap RM1 yang dilaburkan oleh pelabur sedangkan purata pesaing yang lain mampu menjana ROE sebanyak 19.18% dengan setiap RM1 yang dilaburkan.

3. Return on Assets

Nisbah ROA pula adalah untuk melihat pendapatan yang mampu dijana oleh syarikat dengan modal yang dilaburkan oleh pelabur awam, pelabur terpilih (preferred stockholder), pembekal dan juga daripada pembiayaan hutangnya. Sama seperti ROE, nilai yang lebih tinggi adalah lebih baik.

Nisbah ROA syarikat JHM juga agak rendah jika dibandingkan dengan nisbah industri. JHM hanya mampu menjana 8.12% pendapatan dengan setiap RM1 yang dilaburkanka. Sedangkan purata pesaing mereka yang lain mampu menjana sebanyak 14.3% pulangan pendapatan.

Rumusan

Maka, dari kajian di atas kita boleh membuat kesimpulan bahawa JHM mempunyai:

Adakah anda ingin melabur ke dalam syarikat JHM selepas membuat perbandingan nisbah ini?

Adakah JHM ini tergolong dalam saham leader atau laggad? Untuk mengetahui cara memilih saham leader dan laggard, boleh dapatkan eBook kami.

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share341ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

1 year ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

1 year ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

1 year ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In