Rata-rata kesedaran mengenai pelaburan saham global masih rendah di kalangan rakyat Malaysia, sehingga ada yang masih skeptikal dan takut apabila nama saham global dibincangkan. Bila kesedaran rendah dan tiada ilmu berkenaan topik ini, sudah tentu orang ramai akan mempunyai banyak persepsi negatif mengenainya.
Jom kita lihat beberapa mitos mengenai Pelaburan Saham Global seperti berikut:
1. “Saham Global Mahal Laa”
Tidak dapat dinafikan harga saham global lebih mahal berbanding saham di pasaran Bursa Malaysia disebabkan pekali tukaran matawang asing. Sebagai contoh, di pasaran modal New York (NYSE) mengklasifikasikan saham murahan (penny stock) adalah saham yang berada di bawah paras USD5 seunit saham, lebih kurang RM20!
Saham murahan dekat Malaysia pula biasanya bawah RM1.

Betul jika kita buat perbandingan nisbah sebegitu disebabkan matawang USD adalah 4 kali ganda lebih tinggi daripada matawang kita.
Namun, ianya tidak bermaksud kita tidak mampu untuk membeli saham syarikat tersebut. Biarpun harganya mahal, tetapi akses kepada saham global masih terbuka dengan pembelian unit saham secara kecil bersesuaian dengan modal yang kita miliki. Sama sahaja konsepnya di pasaran Bursa Malaysia, pembelian saham kaunter Cip Biru boleh dilakukan dengan modal RM4,000 sahaja.
2. “Saham Global Tak Tentu Halal Haramnya”
Sebagai seorang yang beragama Islam, sudah pasti kajian terhadap status Halal atau Haram perlu dilakukan terlebih dahulu terhadap mana–mana instrumen pelaburan sebelum mengambil keputusan untuk melakukan pelaburan, termasuklah pelaburan saham global.
Sebagaimana Majlis Penasihat Syariah (SAC) membantu Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akses status Halal atau Haram bagi setiap kaunter yang ada di Bursa Malaysia, pasaran saham global juga mempunyai beberapa panel syariah yang bantu mengklasifikasikan status syariah bagi saham syarikat tersebut.
Islamicly merupakan salah satu cara untuk kita akses status patuh syariah bagi saham global.


Bagi Islamicly, Dr. Muhammad El-Gari merupakan salah seorang penasihat syariah mereka. Beliau mempunyai latar belakang Ekonomi Islam, juga pensyarah di Universiti King Abdul Aziz, Saudi Arabia. Beliau juga merupakan penerima KLIFF Islamic Finance Award dek sumbangan luar biasa beliau terhadap Kewangan Islam selain menjadi penasihat Undang-Undang Islam di Harvard Law School.
Lepas ini, kita takkan ada keraguan mengenai status syariah saham global lagi.
3. “Saham Global Tidak Sesuai Untuk Jangka Masa Panjang”
Aduh, sayang sekali jika kita mempunyai pemikiran sebegini.
Selain berdagang untuk menjana keuntungan jangka masa pendek, saham global juga menyediakan ruang pelaburan untuk jangka masa panjang. Ini kerana, lebih banyak syarikat berlatar belakangkan kewangan yang stabil dan operasi syarikat meluas serata dunia termasuk juga syarikat-syarikat startup yang lebih mendapat tempat dan perhatian para pelabur di luar sana.

Pernah dengar syarikat Alibaba dari Kisah Penuh Inspirasi Jack Ma Dalam Buku ‘Never Give Up’? Alibaba bukanlah syarikat yang dikenali ramai dalam 5 tahun yang lalu.

Namun Alibaba yang tersenarai di NASDAQ ini mampu memberikan pulangan sehingga 220% sejak awal penyenaraiannya pada tahun 2014. Menarik bukan?

Begitu juga dengan Netflix, bila kita laburkan RM1,000 pada tahun 2013, ia mampu memberikan pulangan sebanyak RM50,000 pada tahun ini. Pelaburan yang sangat menguntungkan tak sampai 10 tahun!

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-
1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD
*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.
Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet




