KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) — Penjualan asing bagi ekuiti tempatan di Bursa Malaysia dari Isnin hingga Khamis minggu ini kekal sederhana pada RM86.0 juta bersih berbanding RM27.8 juta untuk keseluruhan minggu lepas.
Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata ini menjadikan aliran keluar asing dari Malaysia setakat ini bagi 2020 bernilai RM22.42 bilion.
Dari segi penyertaan, beliau berkata nilai dagangan harian purata (ADTV) selama empat hari yang dijalankan pelabur asing di Bursa Malaysia tetap tinggi iaitu RM1.4 bilion.
“Amat memberangsangkan apabila ADTV pelabur asing kekal di atas paras RM1.0 bilion selama 16 minggu berturut-turut.
“Ini menunjukkan pelabur antarabangsa masih aktif dalam dagangan di Bursa Malaysia walaupun kemelut politik berterusan,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata bagi dagangan Isnin hingga Khamis lepas, pelabur asing berdagang secara berhati-hati, dengan keadaan kekal bercampur-campur.
Pelabur asing muncul sebagai pembeli bersih pada Isnin dan Selasa dan berubah menjadi penjual bersih pada Rabu dan Khamis, katanya.
Adam berkata, Bursa Malaysia memulakan dagangan minggu ini dengan baik pada Isnin apabila pelabur antarabangsa membeli RM39.0 juta bersih ekuiti tempatan namun prestasi dagangan bursa turun 11.9 peratus susulan pengambilan untung sebelum Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima mengadap Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.
“Faktor lain yang menyumbang kepada penurunan dalam pasaran tempatan adalah pengumuman mengenai penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Sabah oleh kerajaan mulai Isnin untuk membendung penularan pandemik COVID-19,” katanya.
Beliau berkata dana antarabangsa kekal sebagai pembeli bersih pada Selasa walaupun pada kadar yang lebih perlahan dengan nilai RM10.0 juta bersih.
Kemelut politik tempatan kemudiannya diimbangi oleh laporan bahawa China berjanji akan membeli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia hingga 2021, katanya.
“Justeru, sebahagian besar kaunter perladangan seperti IOI Corporation dan Kuala Lumpur Kepong meningkat serta ditutup tinggi pada Selasa,” katanya.
Adam berkata pada dagangan Rabu, pelabur luar pesisir tidak membeli ekuiti Malaysia sebaliknya menjual RM87.0 juta bersih ekuiti dipengaruhi oleh kebuntuan dalam rundingan rangsangan Amerika Syarikat (AS).
Beliau berkata, penjualan bersih asing merosot kepada RM48.0 juta pada Khamis dengan sentimen terhadap pembuat sarung tangan berubah suram berikutan tindakan Jabatan Buruh AS untuk meletakkan produk getah buatan Malaysia dalam senarai barangan yang didakwa menggunakan buruh kanak-kanak atau paksa.
“Selain itu, ketegangan di antara AS dengan China semakin buruk apabila Presiden Donald Trump mempertimbangkan untuk memasukkan syarikat Ant Group dari China ke dalam senarai hitam perdagangan sebelum syarikat itu merancang untuk dwipenyenaraian iaitu di Shanghai dan Hong Kong,” katanya.
— BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards