fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia, Bursa Serantau Dibuka Tinggi Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Melantun, Akhiri Penyusutan Dua Hari

Pengenaan Tarif AS Seret Turun Bursa Malaysia Ketika Dibuka

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) —  Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini sejajar dengan prestasi di bursa serantau yang lain di celah-celah keyakinan terhadap perundingan mengenai pakej rangsangan AS.

Pada pukul 9.02 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat  4.17 mata atau 0.27 peratus kepada 1,508.01 daripada 1,503.84 ketika ditutup pada Jumaat petang.

Indeks utama dibuka 3.37 mata lebih tinggi pada 1,507.21.

Di papan skor, kaunter untung mengatasi rugi dengan 309 berbalas 88 manakala 290 kaunter tidak berubah, 1,464 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah sebanyak 390.21 juta unit bernilai RM148.76 juta.

Di pasaran serantau, Nikkei Jepun mengukuh 1.08 peratus kepada 23,664.25, Indeks Komposit Shanghai menokok 0.13 peratus kepada 3,336.36 dan Indeks Komposit KOSPI Korea Selatan lebih tinggi sebanyak 0.38 peratus kepada 2,350.34.

Malacca Securities Sdn Bhd berpendapat selepas tiga hari berturut-turut mencatatkan penurunan, lantunan semula dijangka berlaku kerana para pelabur akan mula membeli saham berharga murah.

“Pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China untuk suku ketiga 2020 juga boleh menjadi petunjuk utama kepada rentak pergerakan pemulihan ekonomi global dengan hanya dua digit kes baharu dilaporkan setiap hari sejak April 2020,” katanya.

Untuk fokus sektor, ia berkata dengan negara-negara seluruh dunia masih lagi mencatatkan kes harian baharu COVID-19 yang lebih tinggi, sektor penjagaan kesihatan akan terus menjadi tumpuan.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM7.16, Top Glove meningkat 14 sen kepada RM9.39, Hartalega memperoleh lapan sen kepada RM18.46 dan Public Bank empat sen lebih tinggi pada RM15.90.

Kaunter paling cergas dipimpin oleh AT Systematization yang naik satu sen kepada 9.5 sen, Mah Sing menokok 11.5 sen kepada RM1.06 sementara kedua Luster dan warannya masing-masing menambah 1.5 sen dan dua sen kepada 19 sen dan 9.5 sen.

Saham paling untung termasuk Nestle, menambah 40 sen kepada RM139.80, G3 Global meningkat 27 sen kepada RM3.27, Scientex menokok 16 sen kepada RM11.96 dan Rubberex lebih tinggi sebanyak 14 sen kepada RM2.71.

Antara saham paling rugi ialah  Yinson turun 25 sen kepada RM5.18, Melati Ehsan jatuh lapan sen kepada 39.5 sen dan VS Industry berkurangan empat sen pada RM2.48.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 32.77 mata kepada 10,970.84, Indeks FBMT 100 meningkat 29.96 mata kepada 10,770.18 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 43.18 mata kepada 13,183.79.

FBM 70 menambah 41.08 mata kepada 14,612.79 dan FBM ACE melonjak 93.40 mata kepada 11,065.28.

Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 26.96 mata kepada 12,436.63, Indeks Perladangan naik 10.43 mata kepada 6,868.94 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian memperoleh keuntungan kecil sebanyak  0.48 mata kepada 144.08.

– BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share229ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Melantun, Akhiri Penyusutan Dua Hari

3 days ago
Pengenaan Tarif AS Seret Turun Bursa Malaysia Ketika Dibuka
Market Update

Pengenaan Tarif AS Seret Turun Bursa Malaysia Ketika Dibuka

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 week ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In