fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

KUALA LUMPUR, 19 Okt  (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih tinggi, mengambil petunjuk sentimen positif daripada pasaran serantau yang lain.

Keuntungan kebanyakannya dicatatkan dalam kalangan kaunter Produk dan Perkhidmatan Perindustrian serta penjagaan kesihatan.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 9.36 mata atau 0.62 peratus kepada 1,513.20 daripada 1,503.84 ketika ditutup pada Jumaat.

Indeks utama dibuka 3.37 mata lebih tinggi pada 1,507.21 dan bergerak antara 1,505.92 dan 1,514.98 sepanjang sesi urus niaga.

Pergerakan harga pasaran kekal positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 621 berbalas 374 manakala 420 kaunter tidak berubah, 736 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 5.64 bilion unit bernilai RM2.95 bilion.

Seorang peniaga berkata kebanyakan pasaran saham Asia mempamerkan trend menaik meskipun terdapatnya petunjuk bercampur-campur daripada prestasi Wall Street minggu lepas.

Indeks Straits Times Singapura naik 12.91 mata kepada 2,545.93, Nikkei Jepun melonjak 253.62 mata kepada 23,664.25 sementara Indeks Hang Seng Hong Kong melambung 228.29 mata kepada 24,386.79.

“Data menunjukkan ekonomi China terus pulih daripada impak pandemik COVID-19 serta keyakinan diperbaharui mengenai pakej rangsangan AS sebelum pilihan raya presiden November ini merancakkan sentimen para pelabur,” kata peniaga itu.

Dalam notanya hari ini, Rakuten Trade Sdn Bhd berkata FBM KLCI dijangka bergerak tinggi, diniagakan antara julat 1,510-1,515 hari ini dengan kecairan diramalkan terus dicatatkan pada saham-saham berharga murah.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM7.16, Top Glove meningkat 31 sen kepada RM9.56, Hartalega menambah 40 sen kepada RM18.78, TNB mengembang dua sen kepada RM10.02 sementara Public Bank turun enam sen kepada RM15. 80.

Kaunter-kaunter paling cergas, Lambo naik setengah sen kepada 3.5 sen, MLabs meningkat satu sen kepada empat sen, Luster Industries mengukuh 2.5 sen kepada 20 sen sementara Mah Sing naik 19.5 sen kepada RM1.14.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 67.51 mata kepada 11,005.58, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 109.67 mata kepada 13,250.28 sementara Indeks FBMT 100 lebih tinggi sebanyak 60.14 mata kepada 10,800.36.

FBM 70 meningkat 55.66 mata kepada 14,627.37 dan FBM ACE naik ingkat 49.79 mata kepada 11,021.67.

Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 6.24 mata kepada 12,403.43, Indeks Perladangan meningkat 30.88 mata kepada 6,889.39 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 2.49 mata kepada 146.09.

– BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

20 hours ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In