Ada yang pernah dengar nama Nvidia ni tak? Bagi mereka yang terlibat dalam industri teknologi dan komputer, mesti pernah dengar punya. Paling tidak pun, siapa yang menggunakan laptop mesti nampak logo Nvidia ini.
Tapi tahukah anda saham syarikat Nvidia ini tersenarai di pasaran saham Amerika Syarikat? Jom kita tengok beberapa fakta menarik mengenai syarikat Nvidia Corporation ini.
1. Latar Belakang Nvidia Corporation (NVDA)
Nvidia Corporation (NVDA) merupakan syarikat yang berada dalam industri perkakas komputer. Syarikat ini fokus kepada penghasilan grafik komputer persendirian, graphics processing unit (GPU) dan juga artificial intelligence (AI). Syarikat ini beroperasi melalui dua segmen yang berbeza iaitu segmen GPU and segmen Tegra Processor untuk kelancaran operasi syarikat secara menyeluruh.
2. Berita Terkini Mengenai NVIDIA

Antara berikta terkini tentang NVDIA ini, produk Artificial Intelligence (AI) NVIDIA dilihat mendapat sambutan yang postif daripada pasaran komputer daripada pelbagai jenama terkenal dunia.
NVIDA juga telah menghasilkan pproduk baru yang dikenali sebagai NVIDIA EGX yang bertindak sebagai data raya yang membantu meningkatkan kecekapan proses pengkomputeran pengguna.
NVIDA juga kini bekerjasama dengan perisian Python dengan produk terbarunya NVIDIA CUBA yang digunakan untuk meningkatkan kualiti penggunaan perisian Pynthon itu sendiri.
3. Pemilikan ARM Ditunda Oleh China

Sebelum ini NVIDIA telah menyatakan hasrat mereka untuk mengambil alih syarikat ARM dengan nilai USD40 bilion pada tahun lepas. Namun niat NVIDIA ini terpaksa ditunda atas sebab penguatkuasa di China masih belum mulakan penilaian jualan ARM daripada Softbank kepada NVIDIA.
4. Perolehan Syarikat Yang Kuat

Syarikat ini seolah-olah tidak terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Ianya dapat dilihat daripada segi pendapatan yang telah mencatatkan perolehan yang konsisten bagi empat suku tahunan berturut-turut.
Pendapatan bersih syarikat juga dilhat meningkat untuk suku tahun terkini berbanding suku sebelumnya. Ini menandakan perniagaan syarikat terus berkembang walaupun keadaan ekonomi semasa masih tidak menentu.
5. Kadar Kecairan Yang Baik

Aset keseluruhan NVIDIA telah meningkat secara konsisten, jumlah liabiliti syarikat juga mengalami peningkatan namun tidak secara mendadak.
NVIDA mempunyai kadar kecairan yang baik iaitu sebanyak 4 kali ganda untuk nisbah Quick Ratio dan juga Current Ratio.
6. Membayar Dividen Lebih Daripada Sekali Dalam Setahun

NVIDIA merupakan syarikat yang membayar dividen kepada pelaburnya. Walaupun dividen yang ditawarkan agak rendah, pelabur akan menerima dividen lebih daripada sekali dalam setahun.
7. Meningkat Hampir 50% Sejak Awal Tahun 2021

Harga saham NVIDIA meningkat hampir 60% sebelum ianya jatuh pada harga yang terkini. Harga saham ini pada 4 Januari 2021 hanya sekitar USD131.0 dan ketika artikel ini ditulis, harga saham ini telah meningkat hampir kepada USD 195 seunit. Ianya merupakan peningkatan hampir 50% sejak awal Januari sehingga awal Ogos 2021.
8. Status Patuh Syariah NVIDIA

Berdasarkan kepada saringan menggunakan aplikasi Islamicly, saham NVIDIA ini adalah patuh syariah. Oleh itu bolehlah kita beli saham ini tanpa was-was.
Fundamental syarikat memang dah power, tapi gunakan ilmu Technical Analysis untuk menentukan masa terbaik bagi membeli saham NVIDIA ini.
9. NVIDIA Membuat Share Split

Pada 20 Julai 2021, NVIDIA telah membuat share split dengan nisbah 4:1 kepada pelabur mereka. Dengan split ini harga saham NVIDIA menjadi lebih murah dan menjadikan saham ini lebih mudah untuk dimiliki pelabur dan juga pekerja syarikat.

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-
1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD
*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.
Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet
Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?
Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:
- Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
- Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
- Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
- 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
- 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street
Eh, banyak lagi lah.
Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.
Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?
Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!
Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street




