Satu lagi IPO bakal diterbitkan di papan ACE Bursa Malaysia tak lama lagi. Syarikat ini adalah Econframe Berhad yang merupakan pembekal pintu besi dan kayu.
Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Econframe Berhad yang perlu kita ambil tahu.
1. Maklumat Berkaitan IPO

IPO Econframe yang diterbitkan kepada awam adalah sebayank 65,000,000 unit pada harga 28sen seunit. Dengan modal saham jualan terpilih terbitannya sebanyak 32.5 juta unit, modal pasaran syarikat akan meningkat sebanyak RM91.0 juta.

Pemohonan IPO syarikat Econframe ini mula dibuka kepada awam pada 5 Oktober 2020 dan akan ditutup pada 12 Oktober 2020. Undian untuk pemilikan IPO ini akan dilakukan pada 15 Oktober 2020 dan keputusan daripada undian ini akan dikeluarkan pada 22 Oktober 2020.
Syarikat Econframe Berhad ini dijadualkan tersenarai di dalam pasaran ACE pada 27 Oktober 2020.

Saham Econframe Berhad yang didagangkan kepada awam adalah sebanyak 65,000,000 unit bersamaan dengan 20.0% daripada keseluruhan jumlah pegangan saham syarikat. Sebanyak 5.0% daripada pegangan awam ini akan diagihkan kepada rakyat Malaysia, hanya 1.0% akan diagihkan kepada pekerja dan pengurursan dalaman syarikat, 4.0% dikhususkan kepada pelabur terpilih melalui private placement dan baki selebihnya sebanyak 10.0% adalah dikhususkan kepda pelabur Bumiputera yang melalui MITI.
2. Status Patuh Syariah

IPO dan saham syarikat Econframe Berhad telah mendapat status patuh syariah daripada Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
3. Sejarah Syarikat

Syarikat ini sudah ditubuhkan sejak tahun 2001 dan usia syarikat ini hampir mencecah 20 tahun di dalam industri.
4. Produk Syarikat
Syarikat ini mempunyai lebih daripada 100 produk, berikut adalah contoh-contoh produk daripada Econframe.

Sumber: econframe.com
5. Aktiviti Perniagaan Syarikat

Econframe ini terlibat dalam bidang pembuatan, mereka bentuk pintu dan kerangka pintu untuk pintu-pintu kegunaan industri dan juga kegunaan awam seperti pintu kalis api, pintu besi dan pintu kayu.
6. Pelanggan Utama Syarikat

Sumber: Econframe.com
Syarikat ini juga mempunyai pelangan-pelangan dari sektor pembinaan yang terkenal seperti Eco World, Gamuda, IOI properti dan lain-lain lagi. Daripada segi pelangan mereka, nampaknya syarikat ini mempunyai reputasi yang baik di mata syarikat pembinaan di Malaysia. Potensi untuk syarikat ini berkembang maju kelihatan cerah.
7. Struktur Syarikat

Syarikat ini mempunyai dua anak syarikat iaitu Econframe Marketing dan Econframe Pre-Hung yang dimiliki penuh oleh Econframe.
8. Ahli Lembaga Pengarah Econframe

Pengerusi syarikat ini adalah En. Robert Koong Yin Leong dan dibantu oleh ahli-ahli yang lain seperti Lim Chin Horng sebagai Pengarah Urusan dan Khoo Soon Beng sebagai Pengarah Eksekutif.
9. Strategi Syarikat Di Masa Hadapan

Di antara strategi yang dirancang oleh Econframe ini adalah untuk mengembangkan dan memahirkan penghasilan pintu rintangan api dan mengembangkan operasinya dengan pembukaan kilang baru yang dilengkapi dengan teknologi terkini.
10. Maklumat Kewangan Econframe

Pendapatan syarikat ini meningkat sejak daripada tahun 2017 sehingga tahun 2019, Namun pada tahun 2020, pendapatan syarikat sedikit terjejas. Punca kepada kemerosotan pendapatan ini adalah disebakan oleh perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada pertengan bulan Mac yang lalu.
Walaupun Econframe tidak terjejas daripada segi permintaan produknya, namun mereka menghadapi kesukaran untuk menghantar produk mereka kepada pelanggan akibat daripada perlaksaan PKP ini.
11. Kegunaan Dana Daripada Terbitan IPO

Pengarah Urusan Econframe sendiri menyatakan bahawa tujuan mereka terbitkan IPO ini adalah untuk mengukuhkan nama syarikat di dalam industri. Selain daripada itu, ianya akan digunakan untuk megembangkan perniagaan mereka dengan pembelian tanah baru untuk mendirikan kilang dan mencipta mesin pembuatan pintu secara sendiri untuk mengekalkan kualiti poduknya.
12. Pesaing Kepada Econframe Berhad

Pesaing utama kepada syaikat ini adalah Asia Roofing Industries Sdn Berhad yang merupakan anak syarikat kepada Ajiya Berhad. Ajiya Berhad adalah salah sebuah syarikat yang tersenai di papan utama Malaysia. Syarikat pesaing yang lain bagi Econframe adalah seperti di atas.
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)