• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Southern Cable Disenarai Di Pasaran ACE Pada RM0.335

in Catalyst
A A
IPO Southern Cable Group Berhad Baru Dilancarkan

Sumber Gambar : Southern Cable

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) — Pengeluar kabel dan wayar Southern Cable Group Bhd (Southern Cable) disenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini pada RM0.335 berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) pada RM0.34.

Semasa dibuka, syarikat itu menyaksikan 16.9 juta sahamnya diniagakan.

Pengarah Urusan Tung Eng Hai berkata kumpulan itu menyasarkan untuk meneroka pasaran automotif dan lif menjelang separuh kedua 2021 dengan memperkenalkan rangkaian produk baharu termasuk kabel kuasa dan kawalan serta wayar untuk aplikasi automotif dan lif.

“Rangkaian baharu bagi kabel dan wayar untuk segmen automotif dan lif dijangka dibangunkan dan dikomersialkan pada separuh kedua 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis 2019, 76.1 peratus daripada perolehan kumpulan itu disumbangkan oleh wayar dan kabel kuasa, manakala 5.4 peratus daripada kabel komunikasi dan wayar.

Jualan kabel dan wayar kawalan dan instrumentasi menyumbang 9.4 peratus kepada perolehan dan baki 9.1 peratus lagi adalah jualan produk dan perkhidmatan yang berkaitan.

Tung berkata nilai perolehan kontrak kumpulan itu adalah sebanyak RM405.4 juta sehingga 1 Sept 2020 termasuk kontrak yang diperoleh daripada sektor perkhidmatan penting seperti Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia Berhad.

Ini akan mengekalkan pendapatan kumpulan sehingga tahun kewangan yang berakhir 31 Dis 2022, katanya.

Kumpulan itu memperuntukkan RM30.0 juta untuk perbelanjaan modal dan pengembangan daripada jumlah keuntungan yang diraih.

“Daripada jumlah ini, RM18.5 juta adalah untuk membeli dan menaik taraf jentera serta peralatan, RM7.5 juta untuk membina kilang baharu dan RM4.0 juta untuk membiayai pembelian dan pemasangan sistem teknologi maklumat perancangan sumber perusahaan (ERP). 

“Sebanyak RM27.5 juta akan diperuntukkan sebagai modal kerja, manakala RM9.2 juta sebagai pembayaran balik pinjaman bank. RM4.5 juta akan digunakan untuk membiayai anggaran perbelanjaan penyenaraian,” katanya.

— BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share334ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In