• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Kegiatan Membeli Saham Murah Dorong KLCI Dibuka Tinggi Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) — Kegiatan membeli saham murah selepas bursa tempatan mencatatkan kerugian baru-baru ini, menyaksikan Bursa Malaysia dibuka kukuh pagi ini meskipun pasaran serantau yang lain menunjukkan aliran menurun.

Pada pukul 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.55 mata atau 0.30 peratus kepada 1,518.50 daripada 1,513.95 ketika ditutup semalam.

Indeks utama dibuka 5.38 mata lebih tinggi pada 1,519.33.

Pergerakan harga pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 221 berbalas 99 sementara 276 kaunter tidak berubah, 1,549 tidak diniagakan dan 25 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 345.28 juta unit bernilai RM165.44 juta.

Di pasaran serantau, Nikkei Jepun turun 0.04 peratus kepada 23,497.66, Indeks Komposit Shanghai lebih rendah 0.26 peratus kepada 3,332.18 dan Indeks Komposit KOSPI Korea Selatan jatuh 0.54 peratus kepada 2,348.39.

Walaupun dibuka tinggi pagi ini, Malacca Securities Sdn Bhd mengingatkan bahawa sentimen negatif di keseluruhan pasaran global mungkin boleh menjejaskan dagangan di Bursa Malaysia.

Kegiatan membeli terpilih dalam kalangan saham murah akan mengekalkan tahap aktiviti yang rancak kerana pelabur akan terus mencari pelaburan dengan perolehan tinggi, katanya.

“Secara teknikalnya, trend menurun kepada stabil menyarankan kelemahan seterusnya di bursa dengan sokongan segera pada 1,490 diikuti dengan 1,480. 

“Halangan pula ialah pada 1,530 diikuti dengan 1,540,” katanya dalam satu nota hari ini.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM7.22, Top Glove meningkat lima sen kepada RM9.39, Hartalega menambah empat sen kepada RM18.10, Tenaga menokok dua sen kepada RM10.04 sementara Public Bank tidak berubah pada RM16.10.

Kaunter paling cergas didahului oleh Southern Cable yang meningkat 2.5 sen kepada 36.5 sen, Mah Sing naik 5.5 sen kepada 78 sen, Dataprep dan Luster Industries masing-masing menokok satu sen kepada 15.5 sen dan 15 sen sementara Long Tai lebih tinggi sebanyak setengah sen kepada 15 sen.

Saham paling untung pula termasuk F&N yang meraih 46 sen kepada RM32.86, Carlsberg mengukuh 30 sen kepada RM19.20 dan Heineken 16 sen lebih tinggi kepada RM19.18.

Antara saham paling rugi ialah Pentamaster yang turun sembilan sen kepada RM5.21, Sam Engineering and Equipment menyusut lapan sen kepada RM6.69 dan Samiden lega tiga sen kepada 77.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 35.99 mata kepada 11,013.98, Indeks FBMT 100 menambah 33.93 mata kepada 10,824.25 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 53.27 mata kepada 13,226.54.

Indeks FBM 70 melonjak 51.62 mata kepada 14,605.76 dan FBM ACE melambung 52.50 mata kepada 10,928.35.

Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 14.92 mata kepada 12,478.51, Indeks Perladangan meningkat 9.85 mata kepada 6,922.56 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian memperoleh keuntungan kecil sebanyak 0.15 mata kepada 144.40.

– BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In